Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai mengumumkan “RG Hi-v Gundam” dan “HGUC Nightingale” untuk peminat gunpla!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 21, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Bandai mengumumkan “RG Hi-v Gundam” dan “HGUC Nightingale” untuk peminat gunpla!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, laman Bandai Hobby telah berkongsi 16 koleksi yang akan dikeluarkan bermula Julai sehingga September tahun ini. Antara yang menarik perhatian adalah gunpla “RG Hi-v Gundam” dan “HGUC Nightingale“, yang telah dilancarkan pada 21 April. Selain itu, beberapa koleksi seperti “Figure-rise Standard SEED Lacus Klein“, “SDW HEROES Goku Impulse Gundam DX Set” dan “SDW HEROES Sargent Verde Buster Gundam DX Set” juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Jadi tanpa buang masa, jom kita tengok!

RG 1/144 Hi-ν Gundam

Hi-ν Gundam pernah muncul di “Mobile Suit Gundam Char’s Counterattack Beltorchika Children“. Kini ia telah hadir dalam versi RG bagi menampakkan ianya lebih nyata. Gunpla ini dilengkapi dengan gimik “multi-link” di mana perisainya akan bergerak bersama dengan pergerakan setiap sendi. Perisai di setiap bahagian boleh digerakkan bagi menampakkan kerangka dalaman mekanikal gunpla tersebut.

Anda boleh melakukan pose lebih garang dengan hayunan pada pinggang dan kaki yang boleh digerakkan secara meluas. Senjata beam yang disertakan boleh melakukan pose bersama dengan pergelangan tangan, dan ianya turut didatangkan dengan beberapa kelengkapan untuk membuat pose pada fin funnel (sayap) gunpla. “Advanced MS Joint” pula membolehkan anda mengekalkan bentuk fin funnel gunpla ketika menembak, dan ianya juga dilengkapi dengan pelbagai senjata dan bahagian tangan.

Gunpla RG 1/144 Hi-ν Gundam akan dikeluarkan pada bulan September ini. Harga pasaran bagi gunpla tersebut adalah 4,950 yen (anggaran RM188.35 tidak termasuk cukai).

HGUC 1/144 Nightingale

Gundam Nightingale yang pernah muncul di “Mobile Suit Gundam Char’s Counterattack Beltorchika Childern. telah hadir dalam versi HG. Gunpla kelas MA berskala 1/144 dengan lebar sekitar 400 mm dan ketinggian sekitar 211 mm ini mempunyai perincian seperti bentuk blok kokpit yang telah dicirikan semula. Perincian dalaman dapat dilihat melalui antena block, mega particle cannon, dengan menggerakan bahagian abdomen.

Selain itu, setiap sendi dapat digerakkan serta bahagian funnel pula boleh ditanggalkan. Manakala saber gunpla ini dapat disambungkan ke hidden arm yang terletak di bawah skirt depan. Senjata beam tomahawk serta peluru berpandu juga boleh disambungkan pada belakang perisai.

Gunpla HGUC 1/144 Nightingale akan dikeluarkan pada bulan Julai ini. Harga pasaran bagi gunpla tersebut adalah 7,700 yen (anggaran RM292.99 tidak termasuk cukai).

Antara koleksi lain yang akan keluar oleh Bandai Hobby adalah:

  • SD Gundam EX Standard Wing Gundam Zero
  • SDW HEROES Cao Wing Gundam Holy Costume
  • Gundam Decal No.121 Mobile Suit Gundam AGE General Purpose 1
  • Gundam Decal No.122 HG 1/144 Mobile Suit Gundam Flash Hathaway General Purpose 1
  • Gundam Decal No.123 Mobile Suit Gundam THE ORIGIN General Purpose 4
  • Gundam Decal No.124 Gundam Build Divers Series General Purpose 1
  • Gundam Decal No.125 RG 1/144 ν For Gundam
  • Gundam Decal No.126 RG 1/144 For Sotheby
  • Figure-rise Standard SEED Lacus Clyne
  • SDW HEROES Goku Impulse Gundam DX Set
  • SDW HEROES Arsene Gundam X
  • SDW HEROES Sargent Verde Buster Gundam DX Set
  • SDW HEROES Nobunaga Gundam Epion Dark Mask Ver.
  • SDW HEROES Verde Buster member

Sumber: Gundam Info

Tags: Bandai HobbygundamgunplaHi-ν GundamNightingale
Previous Post

Kolaborasi Uniqlo x League of Legends UT diumumkan untuk peminat MOBA!

Next Post

Review NieR Replicant ver.1.22474487139… pengembaraan dalam dunia yang luas sambil beraksi

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Review NieR Replicant ver.1.22474487139… pengembaraan dalam dunia yang luas sambil beraksi

Review NieR Replicant ver.1.22474487139... pengembaraan dalam dunia yang luas sambil beraksi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd