Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai melancarkan Gundam Open Innovation untuk membawa masyarakat ke arah Universal Century

Projek ini dilancarkan untuk mengatasi isu populasi manusia dan kelestarian alam sekitar

Amir Haziq by Amir Haziq
June 15, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla
0 0
0
Bandai melancarkan Gundam Open Innovation untuk membawa masyarakat ke arah Universal Century
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan sebuah projek, iaitu GUNDAM Open Innovation bersama peminat mereka. Aktiviti ini dilancarkan untuk mewujudkan faedah jangka panjang dan kelestarian alam yang ketuai oleh Ketua Pegawai Gundam. Mereka telah memulakan “GUNDAM UNIVERSAL CENTURY DEVELOPMENT ACTION” (GUDA), iaitu sebuah projek kelestarian yang menggunakan jenama Gundam. .

Gundam Universal Century Development Action (GUDA)

Sejak 40 tahun dahulu, siri Gundam sangat terkenal dengan menunjukkan keadaan Bumi dan persekitarannya yang tidak menentu, dan dipersembahkan melalui fiksyen era baru dikenali sebagai “Universal Century”, dimana bermulanya kisah migrasi ke ruang angkasa. Tema siri Gundam juga menceritakan bagaimana bangsa manusia berjaya melepasi angkasa lepas.

Selain itu, Bandai Namco percaya bahawa mesej disampaikan dalam siri Gundam menyentuh mengenai isu populasi manusia dan alam sekitar seperti yang berlaku hari ini. Jadi mereka mengambil keputusan untuk memastikan impian Universal Century menjadi kenyataan untuk generasi akan datang.

Bandai Namco Holding menjadi pemimpin kepada inisiatif projek “Gunpla Recycling Project” bersama beberapa syarikat Bandai lain seperti, Bandai Spirits, Bandai Namco Amusement, dan Bandai Logipal sejak bulan April yang lalu. Projek ini bertujuan untuk mengumpul bingkai plastik atau “runner” yang telah digunakan dari peminat bagi dikitar semula menjadi produk model plastik baru dengan teknologi kitar semula terkini.

Projek Gundam Open Innovation

Pada tahun 2018 dan 2019, Bandai Namco Group telah melancarkan Bandai Namco Accelerator untuk mengumpulkan idea perniagaan yang tidak terikat dengan perniagaan konvensional, bagi membawa masyarakat ke tahap seterusnya.

Bandai Namco Accelerator kini telah mendapat bentuk baru, dan akan dilancarkan dibawah inisiatif Gundam Open Innovation. Projek ini akan mengumpulkan idea dan teknologi baru dari peminat mereka di seluruh dunia bagi mengatasi isu populasi manusia dan alam sekitar dibawah jenama Gundam.

Dalam projek ini juga, mereka telah membina sebuah tugu Gundam berukuran 18 meter tinggi yang boleh bergerak pada tahun lalu di Gundam Factory Yokohama, dan ianya dibuka untuk orang ramai. Pelbagai pihak telah terlibat dalam usaha bagi menjayakan Gundam berskala penuh yang mampu bergerak menjadi realiti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek Gundam Open Innovation, anda boleh layari ke laman web rasmi Bandai Namco. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami berkaitan Gundam, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: Bandai NamcoGundam Open Innovation
Previous Post

Solo Leveling: Mengapa manhwa ini sangat popular?

Next Post

“Bermain sebagai Firefly Squad, Ganjaran turut dalam rancangan” Temu ramah Eksklusif LOST LIGHT

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
“Bermain sebagai Firefly Squad, Ganjaran turut dalam rancangan” Temu ramah Eksklusif LOST LIGHT

"Bermain sebagai Firefly Squad, Ganjaran turut dalam rancangan" Temu ramah Eksklusif LOST LIGHT

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd