Salah satu kejutan terbesar di penghujung Bleach ialah Kurosaki Ichigo sebenarnya memilih Inoue Orihime sebagai pasangan, bukannya Kuchiki Rukia. Sekarang pencipta siri, Kubo Tite, telah mendedahkan bagaimana kedua-duanya akhirnya jatuh cinta sesama sendiri lalu berkahwin!
Jika ada yang tidak tahu, anime Bleach kembali untuk adaptasi “Thousand-Year Blood War”, saga terakhir dalam francais. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk menyimpulkan segala plot yang “tergantung” dalam siri termasuk hubungan Ichigo dan Orihime.
Peminat sudah lama tahu bahawa Ichigo dan Orihime mempunyai perasaan antara satu sama lain sejak awal kisah Bleach tetapi di penghujung manga, kita dapat pengesahan bahawa mereka akhirnya berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Kurosaki Kazui. Malangnya, muka surat manga tidak menceritakan dengan terperinci tentang hubungan kedua-dua watak tersebut. Kita hanya dapat jawapan rasmi sahaja, proses percintaan mereka tidak dijelaskan.
Selepas ditanya oleh peminat, Kubo Tite menjawab dengan tepat “bila sebenarnya hubungan cinta mereka mula berputik” iaitu semasa Ichigo dan Orihime mula menjadi dewasa bekerja selepas menamatkan pengajian daripada universiti.
“Mereka memulakan hubungan temu janji ketika Ichigo masih pelajar universiti, dan mula bercinta secara rasmi selepas mereka berdua menjadi dewasa bekerja.”
“Bagaimanapun, memandangkan Bleach bukan manga tentang romantis, percintaan itu dilukis semata-mata sebagai komponen tambahan.
Itulah sebabnya saya tidak akan menjelaskan terlalu banyak tentang watak lain juga, namun, ia menggembirakan jika saya dapat menangkap perhatian pembaca melalui penggambarannya.”
Kubo telah memberikan banyak petunjuk tentang percintaan mereka sejak saga “Arrancar Invasion” tetapi tidak sempat menunjukkanya bagaimana hubungan Ichigo dan Orihime dapat berkembang secara terperinci memandangkan siri shonen ini tertumpu kepada aksi. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengesahkan yang Ichigo dan Orihime akan bersama juga di pengakhiran siri bersama status beberapa pasangan lain.
Semuanya akan dibongkarkan jika korang tengok musim finale Bleach yang kini ditayangkan di platform Disney+, IQiyi, Amazon Prime, dan Ani-One Asia.
Apakah pendapat korang tentang hubungan Ichigo dan Orihime? Adakah dia patut bersama wanita lain? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post