Attack on Titan: Mikasa memberi kucupan terakhir kepada Eren dalam bab #138!

Attack on Titan bab #138 menunjukkan satu detik penting yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu Mikasa memberi kucupan terakhir kepada Eren. Malangnya, ia akan berakhir dengan perpisahan di mana masing-masing sedang bertarung sesama sendiri demi masa depan umat manusia.

AMARAN! Di bawah adalah spoiler untuk manga Attack on Titan bab #138!

Sejak Eren menjadi antagonis, Mikasa mengalami banyak tekanan emosi kerana tidak dapat menghentikan usaha lelaki yang dia cintai, untuk menghapuskan ‘musuh’ di luar Paradis. Walaupun dia akhirnya berjaya menghentikan “The Rumbling“, bab #138 adalah di mana Mikasa benar-benar menyerlah!

Kita recap semula ya kawan-kawan. Dalam bab #137, Eren (dalam bentuk Founding Titan) berjaya dipisahkan dari sejenis parasit pelik yang merupakan sumber kepada segala jenis Titan di bumi. Meskipun Rumbling sudah berakhir, bab #138 meneruskan kepada adegan pertarungan bos sebenar iaitu parasit, ketika Eren bangkit sekali lagi untuk bertarung dengan Colossal Titan (Armin).

Semasa Armin bertarung dengan Eren, Reiner cuba untuk membunuh parasit tersebut, tetapi makhluk itu memancarkan sejenis gas di persekitaran sekeliling. Connie menyedari, walaupun terlambat, bahawa gas adalah sumber sama seperti yang digunakan oleh Zeke untuk mengubah penduduk kampung Ragako kepada Titan. Ini bermaksud yang semua orang di kawasan itu akan menjadi Titan kecuali keturunan Ymir, Ackerman, dan “Shifter“. Selepas Gabi, Jean, Connie, dan rakan-rakan lain berubah kepada Titan, ia terserah kepada Mikasa untuk mengalahkan Eren.

Mikasa ditarik diri ke dunia fantasi dan membayangkan sebuah pengakhiran yang lebih manis antara mereka, di mana mereka berdua berjaya melarikan diri selepas peperangan dengan Marley dan memutuskan untuk menghabiskan tahun-tahun terakhir Eren bersama-sama. Realitinya, ketika Armin ditumbuk oleh Eren, Levi membuat lubang yang cukup besar melalui rahang Eren dengan Thunder Spear untuk Mikasa (yang terhenti lamunannya) untuk terbang masuk.

Di dalam, Mikasa menghampiri kepala Eren dengan lebih dekat dan seterusnya memotong kepala itu dengan bersih lalu memberi kucupan terakhir kepada Eren. Dalam dunia khayalannya, Mikasa membayangkan Eren sedang tertidur dan memegang kepalanya sambil memberitahu bahawa dia akan “berjumpa dengannya nanti.”

Itulah yang berlaku dalam bab terkini Attack on Titan! Apa pendapat anda semua? Apa yang terjadi kepada Eren? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang francais Attack on Titan, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.