Square Enix telah mengumumkan Square-Enix Presents Spring 2021 digital-direct, yang kebanyakannya fokus pada game barat mereka yang akan datang.
Pembentangan ini mempunyai world premier game iaitu Life is Strange yang baru yang menampilkan protagonis baru yang menggunakan kekuatan baru. sebagai top billing, bersama dengan Outriders, Marvel’s Avengers, Just Cause Mobile, Balan Wonderworld, dan banyak lagi yang merangkumi 40 minit persembahan pengumuman dan trailer.
Balan Wonderworld adalah salah satu daripada beberapa tajuk game dari Jepun yang ada dalam senarai; walaupun kita mungkin akan dapat lihat lebih banyak lagi dari adik syarikat Capcom, Taito Corporation. Kerana peninggalannya, kami tidak mungkin melihat apa-apa dari Final Fantasy XVI.
Terdapat juga game baru yang disebutkan dari Square Enix Montreal, dan untuk perayaan ulang tahun ke-25 Tomb Raider. The Tomb Raider: Definitive Survivor Trilogy telah bocor melalui Microsoft Store; sebuah koleksi siri game yang direboot.
Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi lagi, game ini tersenarai sebagai game yang akan ada dalam pelancaran pada 18 Mac. Ini mungkin akan dinyatakan semasa pembentangan, kerana tarikh pelepasannya adalah hari yang sama dengan persembahan itu sendiri.
Bersama dengan Crystal Dynamics yang sebelumnya menyatakan bahawa mereka ingin “menyatukan” game reboot bersama dengan original series sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-25 siri ini, terdapat juga siri animasi Netflix dalam projek.
Perbincangan mengenai Marvel’s Avengers kemungkinan akan merangkumi kandungan game yang akan datang. Walaupun begitu, ia mungkin agak sukar untuk dipasarkan kerana peningkatan rasa tidak puas hati dari ramai pemain. Mereka baru-baru ini membincangkan adakah game ini akan dikeluarkan secara free-to-play; di tengah perubahan kemajuan, pemerolehan kosmetik, dan kerugian untuk Square Enix.
Anda jangan lupa untuk sertai tayangan perdana bagi Square-Enix Presents Spring 2021 adalah pada 18 Mac jam 10 pagi PDT (19 Mac 1 pagi waktu Malaysia) dan anda boleh menontonnya melalui Twitch, serta YouTube mereka.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Square Enix dan Facebook rasmi mereka.
Sumber: NicheGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post