Sekarang makin banyak produk yang dikeluarkan untuk mereka yang bergelar gamers. Demi untuk mengalami pengalaman gaming yang sebenar, syarikat-syarikat besar mula berpusu-pusu mencipta barang gaming mereka tersendiri. ASUS juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan dunia gaming ni, hari ini, mereka mengumkan beberapa produk TUF Gaming yang baru, yang akan dilancarkan. Nak tahu apa produk yang mereka akan lancarkan, jom, ikut aku dalam entri kali ini.
TUF Gaming M5 Mouse
Kebiasaan mouse gaming yang lain akan cepat haus, lagi-lagi dari segi catnya. TUF Gaming M5 Mouse datang dengan cat yang tahan lasak. Nak tahu apa lagi yang tahan lasak? Suis Omron yang digunakan di kedua-dua belah bawah mouse untuk korang kelik. Suis Omron tersebut mampu menahan sehingga 50 juta kelikan. Setiap butang juga boleh diprogram menggunakan software mereka, iaitu Armoury II. Menggunakan optical sensor PAW3327 dengan resolusi sehinga 6, 200 DPI sudah cukup bagi mereka gamers dan juga e-Sport pros. Mouse ini juga dilengkapi dengan Aura Sync.
TUF Gaming K5 Keyboard
Sama jugak macam keyboard, selalu di ‘dera’ oleh mereka yang bernama gamer. Kadang, korang bermain sambil minum air atau baru lepas ke tandas. Jangan risau, TUF Gaming K5 Keyboard merupakan satu keyboard yang dikatakan mempunyai ‘Splash-Proof’ design. Boleh bertahan sehingga 60 ml. Selain dari pada itu, uniknya, keyboard ini menggunakan suis ‘Mech-Brane’. Suis membrane yang rasa seperti mechanical. Juga boleh di program dengan menggunakan software Armoury II. Dan seperti biasa, Aura Sync untuk menyinari malam gaming korang.
TUF Gaming H5 Headset
TUF Gaming H5 Headset dicipta untuk ketahanan, style dan juga keselesaan. Headband yang menggunakan material stainless steel membuatkan headphone ini begitu kuat dan memberi rupa yang premium. Headset yang ringan membuatkan pemakai menjadi selesa untuk dipakai lagi-lagi untuk sesi gaming yang lama. Setiap ear-cup dilengkapi dengan 50-mm Essence Driver dan juga airtight chamber untuk meingkatkan lagi kualiti bunyi. Boom dan juga mic diletakkan di belah kiri untuk korang berkomunikasi dengan temmate korang.
TUF Gaming GT501 Chassis
TUF Gaming GT501 merupakan casing yang dikatakan kuat. Menggunakan besi yang kuat sebagai material. Tempered glass digunakan untuk window supanya anda boleh melihat ‘anak-anak’ anda di dalam casing tersebut. Penyejukan yang efektif merupakan faktor penting dalam sesuatu casing. GT501 Chassis mempunyai banyak ruang untuk kipas dan juga radiator. Filter juga boleh dibuang, dicuci dan di pasang kembali.
TUF Gaming Alliance
Casing korang tak lengkap kalau tak pasang kesemua barang TUF Gaming. Ianya merupakan satu tema dan gerak kerja TUF gaming bersama sama dengan pelbagai vendor seperti apacer, XPG, Cooler Master dan banyak lagi. Sekarang ni, PSU sudah pun ada untuk TUF Gaming. Selain dari kosmetik yang kosisten, TUF Gaming juga telah berjaya mentstabilkan performance mereka.
TUF Gaming FX 10CP Desktop
Untuk battle station yang pegun, TUF Gaming FX 10CP Desktop baru meletakkan komponen yang mampu di dalam menara yang kukuh. Design Radiating-X pada panel tepi dan juga dual chamber akan membuatkan desktop anda sejuk. DIkuasakan dengan Intel Core i7-8700 six-core CPU dengan NVIDIA GeForce GTX 1050 sebagai GPU, cukup untuk casual gaming dan juga melakukan kerja, dan sedikit editing.
Itu sahaja semuanya tentang Produk baru TUF Gaming. Jadi, apa pun, sangat menarik, line up yang powerful dan berinovasi. Korang rasa?
@gamersantaimy
Discussion about this post