Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Phone, Menggunakan Processor Terpantas Dunia!

Silver Shroud by Silver Shroud
June 4, 2018
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
ROG Phone, Menggunakan Processor Terpantas Dunia!

cof

Share on FacebookShare on Twitter

Yup, aku tak tipu, aku pun mula-mula terkejut apabila Republic of Gamers (ROG) mengeluarkan Smartphone Gaming mereka sendiri. Mereka juga dengan bangganya, memperkenalkan ROG Phone dengan mengatakan ianya menggunakan processor yang paling laju dalam dunia. Betul ke tak ni? Nak tahu lebih lanjut? Jom, ikut aku dalam liputan eksklusif Gamer Santai kali ini.

Jadi, nama diberi kepada Smartphone ini adalah ROG Phone. Merupakan Smartphone pertama keluaran ROG. Dikuasakan dengan 2.96 GHz octa-core qualcomm Snapdragon 845 dengan sistem penyejukan yang innovatif untuk mengekalkan kestabilan FPS semasa korang bermain game.

Dengan Visual HDR yang cantik, dan juga sistem Airtrigger yang boleh di program akan meningkatkan lagi sentuhan kontrol secara fizikal bagi keselesaan untuk korang bermain game. Design ROG Phone yang ultra selesa di datangkan dengan satu port unik yang dipasang di sisi phone untuk memastikan kabel tidak menghalang anda.

Selain daripada itu, ROG Phone menggunakan pelbagai alat eksternal untuk memastikan korang merasakan pengalaman bermain game yang sangat-sangat memuaskan. Untuk ROG Phone, akan ada aksesori untuk korang dock kepada desktop, Dual-Screen dan juga bateri, dan juga joystick controller yang korang boleh pasang di ROG Phone.

Beberapa ciri menarik yang aku suka akan ROG Phone ini adalah “Twin View Dock”. Kalau korang nak tahu macam mana, dia macam Nintendo 3DS. Akan ada dua visual display atas dan juga di bawah. Bukan sekadar display je tau, korang boleh jalankan dua Apps serentak. Alah, macam korang buat dual monitor lah. Main monitor untuk main game, dan secondary monitor korang buat tengok walktrough. Ianya perlu dibeli berasingan.

ROG Phone juga didatangkan dengan external Cooling Fan. Macam aku cakap tadi, ianya merupakan satu rekaan innovatif bagi sistem penyejukan ROG Phone ni, dan dilengkapkan dengan Game Centre, dimana, korang boleh Control Performance ROG Phone tersebut. Mobile Desktop Dock akan membenarkan korang untuk bermain game kesukaan korang dengan display yang lebih besar. Kira macam mirroring. Asyik tengok dekat skrin 6 Inchi, bosan jugak kan?

ROG Phone juga mempunyai Finger Sensor dibelakang untuk bertujuan sistem keselamatan. ROG Phone juga masih di dalam percubaan untuk water resistant. Dan, merupakan satu trademark bagi ROG, adalah Aura Sync. Ini antara ciri ciri yang aku suka yang terdapat dengan ROG Phone ni.

Sekarang, aku nak bercerita sedikit tentang dalaman ROG Phone secara ringkas. Dilengkapi dengan GPU Qualcomm Adreno 630, LPDDR4 8GB RAM, bateri berkapasiti 4, 000 mAh, dan storan memori yang besar, iaitu 512 GB. Untuk kamera pula, dual-camera dibelakang dengan 12MP+8MP juga lens 120 darjah wide angle. Untuk kamera hadapan, 8MP sudah mencukupi untuk ROG Phone kerana fokusnya kepada mereka yang bermain game.

Secara ringkas, itu sahaja yang aku rasa memadai untuk aku beritahu korang tentang ROG Phone ni. Untuk harga, aku masih lagi belum dapat info. Tetapi, yang pasti, ianya akan dilancarkan secara worldwide. Tarikh pelancaran juga belum diketahui. Jadi, apa pendapat korang? Adakah ianya cukup memuaskan bagi korang, mobile gamer?

Tags: AndroidAsusGaming SmartphonesRepublic Of GamersROGSmartphone
Previous Post

ASUS Umumkan Produk TUF Gaming Yang Baru

Next Post

Gaming Laptop ROG SCAR Dan Hero Kembali!!!!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Gaming Laptop ROG SCAR Dan Hero Kembali!!!!

Gaming Laptop ROG SCAR Dan Hero Kembali!!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd