Bigben, Games Workshop, dan Eko Software dah umumkan yang Warhammer: Chaosbane iaitu sebuah game action RPG yang pertama dalam dunia Warhammer Fantasy sekarang ni tengah dibangunkan untuk konsol dan PC.
Pihak Bigben mengesahkan Eko Software; sebuah studio dari Perancis tengah buat game ni. Diorang ni gangster dalam genre hack’n slash; dan ini terbukti dengan game How to Survive 1 & 2.
Setting game ni plak adalah daripada Old World, sebuah dunia yang gelap (bukan gothic atau emo) dan berdarah yang mana disebabkan oleh peperangan menentang Chaos.
Pemain bakal menyelami sejarah peperangan Old World dan boleh melakukannya dengan human, high elf, wood elf ataupun dwarf dan pemain boleh discover lokasi ikonik macam Praag atau Nuln, ibukota lama Empire.
@gamersantaimy
Discussion about this post