Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS ROG Malaysia telah mengumumkan ketibaan laptop ROG 2025 di pasaran tempatan! Dilengkapi pemproses terkini daripada Intel, AMD & NVIDIA, serta reka bentuk casis dan sistem penyejukan serba baharu, barisan ini menegaskan dominasi ROG dalam dunia gaming.

Pada masa yang sama, mereka telah menerapkan beberapa kemaskini pada siri ROG Zephyrus, yang meningkatkan prestasi keseluruhan lineup 2025. Berikut adalah info lanjut:

ROG Strix 2025: Kuasa, Inovasi & Reka Bentuk Mampan

Kredit: ROG Malaysia

Barisan ROG Strix SCAR 16, SCAR 18, Strix G16 & G18 menampilkan reka bentuk berani dengan pencahayaan RGB penuh serta panel bawah tanpa skru pertama dalam laptop gaming. Dengan hanya satu butang, pengguna boleh membersihkan kipas atau menaik taraf RAM dan storan tanpa ribet. Skrin juga dilengkapi filem dwi-lapisan ACR, mengurangkan pantulan sebanyak 55% dan meningkatkan kontras 4.5X untuk warna lebih terang serta visual lebih jelas semasa bermain.

Dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop GPU, siri ini menawarkan prestasi tertinggi untuk gaming, produktiviti, dan AI, termasuk DLSS 4 dan lebih 700 game serta aplikasi AI-optimum. Pemproses Intel Core Ultra 9 275HX menyokong sehingga 64GB DDR5 RAM & 4TB PCIe Gen 4 storan pada model SCAR.

Sistem penyejukan baharu menampilkan rekaan heatsink bertindan, vapor chamber penuh, ekzos belakang penuh, serta logam cecair pada CPU & GPU, membolehkan kuasa maksimum 240W dengan bunyi lebih senyap dan ketahanan sistem lebih lama.

  • ROG Strix Scar 16 (2025) G635L-XRW165W – RM21,999
  • ROG Strix Scar 18 (2025) G835L-XSA180W – RM23,999
  • ROG Strix Scar 18 (2025) G835L-WSA154W – RM16,999
  • ROG Strix G16 (2025) Volt Green G615L-RS5118W – RM11,499
  • ROG Strix G18 (2025) Volt Green G815L-RS9088W – RM11,999
  • ROG Strix G16 (2025) Eclipse Gray G615L-WS5117W – RM12,999
Kredit: ROG Malaysia

ROG Flow Z13: Kuasa Maksimum dalam Bentuk Tablet Gaming

Kredit: ROG Malaysia

ROG Flow Z13 (2025) kini lebih berkuasa dengan pemproses AMD Ryzen AI Max+ 395 yang menampilkan teras grafik RDNA 3.5, setanding dengan Radeon 8060S, tetapi dengan kecekapan tenaga luar biasa. Dengan 50 TOPS kuasa NPU, ia juga menyokong pengalaman AI Copilot+ yang dipertingkatkan.

Dilengkapi 14 fasa kuasa dan kapasitor Jepun berkualiti tinggi, Flow Z13 memastikan penghantaran kuasa stabil. Rekaan memori empat saluran membolehkan 32GB LPDDR5X-8000 RAM dikongsi secara dinamik antara CPU & GPU, memberikan prestasi lancar untuk gaming, penyuntingan video, dan multitasking.

Sistem penyejukan baharu dengan vapor chamber keluli tahan karat & tembaga memberikan 54% liputan lebih luas pada papan utama, disertai kipas Arc Flow Gen-2 yang mengarahkan aliran udara ke belakang skrin untuk suhu permukaan lebih sejuk.

Paparan ROG Nebula 2.5K 180Hz pula menyokong 100% DCI-P3 dengan 500 nits kecerahan, bersama port pengecasan 200W, HDMI, serta dual USB-A & dual USB-C dengan USB4.

  • ROG Flow Z13 GZ302E-ARU007W – RM10,999
Kredit: ROG Malaysia

ROG Zephyrus: Kuasa & Penyejukan Dipertingkatkan

Kredit: ROG Malaysia

ROG Zephyrus G16 (2025) membawa konsep ultra-portable gaming ke tahap baharu dengan Intel Core Ultra 9 285H dan sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop GPU. Sesuai untuk AI, penyuntingan video, rendering 3D, & penstriman, ia turut menyokong NVIDIA Studio dalam lebih 150 aplikasi dan NIM-ready untuk AI generatif.

Sistem penyejukan diperbaiki dengan rekaan heatpipe baru dan kipas Arc Flow Gen-2, meningkatkan kecekapan 23% dalam casis ultra-nipis ini.

Paparan ROG Nebula OLED pada G16 menawarkan resolusi 2.5K, kadar segar semula 240Hz, dan sokongan NVIDIA G-SYNC, memberikan visual luar biasa. Casis aluminium CNC serta Slash Lighting array menyerlahkan reka bentuk premium.

  • ROG Zephyrus G16 (Eclipse Gray) GU605C-XQR083W – RM21,999
  • ROG Zephyrus G16 (Eclipse Gray) GU605C-WQR163W – RM15,999

Tempah Sekarang & Nikmati Tawaran Eksklusif!

Pra-tempah laptop ROG 2025 sebelum 31 Mac 2025 untuk menikmati tawaran PWP bernilai sehingga RM2,899 (stok terhad).

Satu lagi bonus eksklusif! Beli mana-mana produk ASUS ROG 2025 yang layak dan dapatkan salinan digital Monster Hunter Wilds melalui Armoury Crate & AMD Redemption (Tebus di sini).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopROG
ShareTweetSend
Previous Post

Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!

Next Post

MSI Malaysia Mulakan Kempen Pra-Tempahan Laptop Gaming Berkuasa RTX 50 Series!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
MSI Malaysia Mulakan Kempen Pra-Tempahan Laptop Gaming Berkuasa RTX 50 Series!

MSI Malaysia Mulakan Kempen Pra-Tempahan Laptop Gaming Berkuasa RTX 50 Series!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd