Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Penuh Magic! Cardcaptor Sakura Akan Datang Ke Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, dunia magis Cardcaptor Sakura bakal menjadi kenyataan di Malaysia!

Peminat siri manga dan anime ikonik ini akan berpeluang merasai keindahan karya CLAMP dalam satu pameran imersif yang membawa mereka masuk ke dalam dunia ajaib Sakura.

Pameran ini, The Cardcaptor Sakura Exhibition: The Enchanted Museum, merupakan acara budaya yang didedikasikan khas untuk siri kegemaran ramai. Ia pertama kali diadakan di Tokyo dari 26 Oktober 2018 hingga 3 Januari 2019 di Mori Arts Center Gallery.

Pameran ini menawarkan peminat peluang untuk menyelami dunia Cardcaptor Sakura melalui ilustrasi original, pameran eksklusif, dan aktiviti bertema. Dengan konsep unik di mana Sakura telah “menyihir” muzium, ruang pameran ini diubah menjadi dunia penuh keajaiban dengan hampir 200 karya.

Krredit: ©CLAMP, ST/KODANSHA

Bagi yang kurang tahu, Cardcaptor Sakura ialah siri manga Jepun yang dicipta oleh kumpulan artis wanita CLAMP dan pertama kali disiarkan dalam majalah Nakayoshi dari tahun 1996 hingga 2000.

Kisahnya mengisahkan Sakura Kinomoto, seorang gadis ceria yang secara tidak sengaja melepaskan satu set Clow Cards ajaib, yang masing-masing mengandungi roh dengan kuasa tersendiri. Dengan bantuan penjaga Clow Cards, Keroberos (Kero), serta rakan-rakannya Tomoyo dan Syaoran Li, Sakura berusaha mengumpulkan semula kad-kad tersebut menggunakan kuasa magisnya.

Manga ini kemudiannya diadaptasi menjadi anime sepanjang 70 episod dari 1998 hingga 2000, bersama dua filem, sebelum diteruskan dengan siri Cardcaptor Sakura: Clear Card.

Krredit: ©CLAMP, ST/KODANSHA

Di Malaysia, Cardcaptor Sakura telah lama menjadi kegemaran ramai, dengan anime ini pernah ditayangkan di saluran tempatan seperti NTV7 dan Animax Asia.

Kini, dengan pameran yang bakal berlangsung di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur—tarikh rasmi masih belum diumumkan—peminat di Asia Tenggara akhirnya berpeluang untuk merasai keajaiban ini secara langsung.

Krredit: ©CLAMP, ST/KODANSHA

Nantikan pengumuman rasmi daripada INCUBASE Arena Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: animeCardcaptor Sakura
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Lancar Laptop Gaming RTX 50 Series Berinspirasi Mitologi Norse!

Next Post

ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!

ASUS ROG Malaysia Umum Laptop Gaming ROG 2025 dengan Prestasi & Rekaan Serba Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd