Banyak berita diumumkan tentang francais Assassin’s Creed hari ini termasuk game mobile Assassin’s Creed Codename Jade! Dibangunkan khusus untuk platform Android dan iOS, Assassin’s Creed Codename Jade menjanjikan pengalaman serba baharu di dunia AC berlatarkan China kuno. Lebih baik lagi, game ini kini membuka akses pradaftar awal!
Assassin’s Creed Codename Jade berlangsung di China purba, khususnya selepas zaman Negara Berperang di mana Dinasti Qin mula menyatukan China dan mengamankan laluan perdagangan di wilayah barat. Berlangsung di antara Assassin’s Creed Odyssey dan Assassin’s Creed Origins, ini merupakan tempoh penting dalam sejarah China kerana terdapat begitu banyak perubahan besar yang berlaku, termasuk permulaan pembinaan Tembok Besar China untuk mendapatkan laluan perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat.
Dalam game ini, kita akan bermain sebagai seorang pelajar dalam organisasi Assassin yang mempunyai misi penting untuk membongkar misteri di sebalik Dinasti Qin. Buat pertama kalinya, pemain diberikan pilihan customization untuk mencipta watak Assassin impian sendiri, jadi sila memperibadikan watak anda mengikut citarasa sendiri. Game ini juga membolehkan penerokaan dunia terbuka yang luas dan pelbagai gaya tempur untuk diuji dan mahir.
Butiran lanjut tentang watak dan sistem pertempuran akan dikongsi dalam kemas kini seterusnya pada musim panas ini.
Melalui kerjasama dengan Level Infinite, Ubisoft cuba merealisasikan game mobile Assassin’s Creed dengan nilai produksi tinggi malah hampir sama dengan kualiti konsol. Sejak pengumuman rasmi diikuti dengan sesi technical alpha pada tahun lepas, pembangun telah menerima banyak maklum balas berharga yang membantu meningkatkan kualiti game.
Kini, mereka bersiap sedia membuka akses pre-registration secara rasmi bagi sesi public test pertama yang dirancang untuk keluar pada musim panas ini (Jun-September). Sepanjang sesi beta, sejumlah pemain akan diberi akses istimewa untuk menguji game versi awal dan memberi maklum balas bagi memastikan kualiti bagus di semua elemen termasuk visual, pengimbangan gameplay dan elemen penting lain.
Pada masa yang sama, Ubisoft ingin memastikan game ini memberikan peralihan yang lancar dan intuitif daripada controller ke skrin sentuh. Ini penting kerana game ini mengharuskan pemain melakukan pelbagai aksi termasuk membunuh, parkour, meneroka dunia terbuka, dan pertarungan yang mewajibkan kawalan responsif.
Assassin’s Creed Codename Jade sedang dibangunkan untuk Android dan iOS. Malangnya, ia masih belum mempunyai tarikh pelepasan rasmi tetapi anda boleh layari laman web rasmi untuk pradaftar bagi peluang mencuba lebih awal.
Baca segala liputan kami tentang francais Assassin’s Creed di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post