Hari ini, Ubisoft telah mengumumkan Assassin’s Creed Nexus VR secara rasmi, dibuat khas untuk platform Meta Quest 2 dan 3. Sebagai Assassin legenda; Ezio Auditore, Kassandra dan Connor; ini adalah kisah serba baharu dalam francais Assassin’s Creed yang dibina khusus untuk VR dan merupakan game VR pertama dalam francais.
David Votypka selaku Pengarah Kreatif telah berkongsi butiran lanjut tentang game ini dan ternyata ia akan uji kemahiran pemain dalam dunia VR.
Peluang menjadi tiga Master Assassin ikonik
Abstergo Industries telah menemui cara untuk mendapatkan semula artifak berkuasa yang boleh memprofilkan sesiapa sahaja melalui memori mereka, dan kemudian menggunakan profil tersebut untuk memanipulasi kepercayaan mereka.
Demi mensabotaj rancangan mereka, anda akan melangkah masuk ke dalam dunia bersejarah, membongkarkan kisah baharu dan menyelesaikan misi sebagai para Assassin – Ezio, Connor dan Kassandra yang lalu.
Main peranan penting dalam sejarah sambil parkour bebas melalui peta, berinteraksi dengan orang awam dan tokoh sejarah serta menyelamatkan masa depan daripada rancangan jahat Abstergo Industries.
Buat pertama kali dalam sejarah francais, kita akan melangkah masuk ke dunia Assassin’s Creed dan bermain secara first-person. Seperti saya kata tadi, pemain boleh menjadi antara tiga Assassin legenda iaitu Ezio Auditore da Firenze (Assassin’s Creed II), Kassandra (Assassin’s Creed Odyssey) dan Connor (Assassin’s Creed III) melalui bab naratif yang tidak pernah diceritakan dalam kisah setiap Assassin.
Temui wajah-wajah terkenal seperti Leonardo Da Vinci semasa zaman Renaissance di Itali, dan harungi kisah yang penuh dengan konflik, harta yang dicuri dan dendam; di Greece zaman Purba, main peranan penting dalam peperangan sengit menentang “Thirty Tyrants” yang memerintah Athens dengan kejam; dan semasa Revolusi Amerika, melibatkan diri dalam dunia pengintipan, tipu daya dan pengkhianatan.
Teroka dan Parkour secara VR
Terokai bandar bersejarah termasuk Venice, Athens, Boston dan banyak lagi. Mulakan misi dengan memilih cara terbaik demi mencapai objektif. Setiap kempen cerita menampilkan persekitaran peta luas dengan navigasi 360 darjah, yang membolehkan anda merasai keseronokan sistem parkour yang lain daripada lain. Sambil meneroka, jangan lupa untuk berinteraksi dengan orang awam dan tokoh sejarah, yang kesemuanya bertindak balas terhadap tindakan VR anda.
Setiap misi direka supaya bebas sepenuhnya di mana pemain boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan cabaran. Sebagai contoh, pemain boleh menyelinap untuk mengelakkan musuh, memanjat bumbung untuk mendapat sudut pandangan yang lebih luas di kawasan sekitar, atau terus bertarung secara berhadapan. Tidak kira kaedah mana yang dipilih, game ini menyediakan pelbagai jenis senjata dan peralatan yang akan memudahkan perjalanan anda.
Pertempuran intuitif berdasarkan aksi pemain
Alami pertempuran yang realistik dengan menggunakan tangan anda untuk menghalang, menangkis, menyerang balas dan bertarung dengan pelbagai musuh. Pelbagai jenis senjata disediakan termasuk busur dan anak panah, Hidden Blade, pedang, tomahawk, pisau lempar, panah dan bom asap.
Jika ingin elak pertarungan hadapan. alihkan perhatian musuh dengan membaling objek yang boleh dikutip di sekitar persekitaran atau gunakan stealth bagi mengelak daripada mereka. Bersembunyi dan menyelinap, atau bergaul dengan sekumpulan orang awam untuk melarikan diri dari pandangan. Sentiasa gunakan persekitaran untuk kelebihan taktikal dan rasai dinamik semasa membunuh musuh daripada udara.
Ciri-ciri utama Assassin’s Creed Nexus VR:
- Avatar berbadan penuh dan boleh bertindak balas dengan pelbagai senjata, semuanya boleh digunakan melalui ciri penjejakan tangan VR
- Sinematik mengasyikkan yang membuatkan kita terasa sebahagian daripada jalan cerita
- Peta besar yang boleh dipanjat dan parkour sepenuhnya
- Dunia yang padat dengan orang awam dan musuh yang direka untuk bertindak balas terhadap tindakan pemain
- Set acccesbility yang inovatif termasuk dynamic peripheral vision blocking, teleportasi (untuk memudahkan pendakian) dan banyak lagi boleh dihidupkan untuk menyenangkan pengalaman pemain
Assassin’s Creed Nexus VR akan keluar secara eksklusif untuk Meta Quest 2 dan 3 serta boleh wishlist sekarang. Baca segala liputan kami tentang francais Assassin’s Creed di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post