Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Prince of Persia: The Lost Crown – Jalan cerita, gameplay, teknik hentikan masa (Rumusan)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Prince of Persia: The Lost Crown – Jalan cerita, gameplay, teknik hentikan masa (Rumusan)
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft dan Ubisoft Montpellier telah mendedahkan butiran lanjut tentang game side-scrolling aksi, Prince of Persia: The Lost Crown, termasuk info jalan cerita, gameplay, mekanik penting dan lain-lain. Bakal dikeluarkan untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch, PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store pada 18 Januari 2024, berikut adalah info yang diumumkan:

Prince of Persia: The Lost Crown bermula dengan penculikan Prince Ghassan, di mana ‘the Queen’ menghantar para Immortal untuk mencari dan memulangkan anaknya. Perjalanan ini membawa para Immortal ke Mount Qaf; yang dahulu pernah menjadi kota utama di Parsi dan rumah kepada dewa masa, Simurgh, tetapi kini ditimpa sumpahan masa.

Masa lalu dan masa depan wujud bersama, lantas menyebabkan penduduk gunung menjadi gila dan mengubah mereka menjadi raksasa. Sebagai ahli paling muda dalam Immortal, Sargon bersifat kurang ajar dan yakin—sifat yang boleh menjadi kekuatan atau kelemahan terbesarnya. Terpulang kepada Sargon untuk mencari Prince Ghassan dan menemui misteri yang menyelubungi sumpahan Mount Qaf.

Sinopsis

Gameplay umum Prince of Persia: The Lost Crown

Di permulaan permainan, Sargon mempunyai nyawa dan kebolehan yang terhad, jadi pemain perlu menguasai mekanik parry dan slide untuk menentang dan mengelakkan serangan musuh. Lama-kelamaan, anda akan memperoleh pelbagai abiliti baharu—serta modifier yang dikenali sebagai amulet—untuk menjadikan Sargon lebih kuat dalam pertempuran dan membuka laluan penerokaan baharu.

Amulet menawarkan buff untuk Sargon, seperti mengubah tembakan anak panahnya menjadi tiga anak panah atau memberinya peluang kedua untuk hidup apabila terkena serangan maut. Setiap amulet mempunyai kos, dan Sargon hanya boleh memakai jumlah azimat yang terhad, jadi anda perlu memilih azimat yang amulet untuk playstyle atau situasi anda. Amulet dan abiliti hanya boleh ditukar di Wak Wak tree: pokok emas yang mengisi semula nyawa anda, health potion dan anak panah. Ini jugalah tempat anda akan save permainan dan hidup semula selepas mati.

Kredit: Ubisoft

Senjata Sargon termasuk bilah kembar, Qays dan Layla; busur; dan Chakramnya, serangan bercas yang boleh melantun dari dinding dan kembali ke Sargon. Gabungkan ini dengan skil lompatan, slide, lompat daripada dinding, menangkis, serangan udara, dan banyak lagi, sehinggalah Sargon terasa seperti ahli pedang yang mahir, dengan kombo yang tidak berkesudahan.

Sargon juga boleh memakai abiliti Athra, yang melancarkan serangan khas diilhamkan oleh anime. Abiliti ini terikat pada Athra gauge, yang meningkat apabila dia melakukan serangan dengan berjaya, dan berkurangan apabila dia dipukul. Terdapat banyak abiliti Athra berbeza, seperti Super Massive Wave, yang melakukan damage besar kepada musuh; dan Bahman’s Breath, yang mencipta efek letupan dan zon yang secara beransur-ansur menyembuhkan Sargon.

Kredit: Ubisoft

Seperti majoriti protagonis Prince of Persiam, Sargon memiliki kuasa manipulasi ruang dan masa yang membantunya dalam pertempuran, penerokaan dan menyelesaikan teka-teki, termasuk Rush of Simurgh dan Shadow of Simurgh.

Rush of Simurgh ialah air dash yang berguna untuk melepasi teka teki atau melarikan diri daripada serangan musuh. Shadow of Simurgh pula membolehkan dia meletakkan bayang dirinya di lokasi yang tepat dengan menekan butang. Dengan menekan butang itu sekali lagi, Sargon akan segera kembali ke lokasinya yang ditandakan sebelum ini. Ini adalah kunci untuk menyelesaikan teka-teki berasaskan masa dan suis tertentu, dan dalam pertarungan, ia boleh digunakan untuk mengelak serangan mengejut, atau untuk muncul terus di belakang musuh.

Kredit: Ubisoft

Prince of Persia: The Lost Crown akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store pada 18 Januari 2024. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: GameplayPrince of Persia: The Lost Crown
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed Codename Jade buka pradaftar – Game AC untuk Mobile

Next Post

Avatar: Frontier of Pandora bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 7 Disember 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Avatar: Frontier of Pandora bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 7 Disember 2023

Avatar: Frontier of Pandora bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 7 Disember 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd