Pada hari Ahad yang lepas, Predator ada buat tournament untuk DOTA 2 dan beberapa hari sebelum ni adalah PUBG. Sebanyak 345 teams yang menyertai dalam tournament Predator yang nampak mendapat Sambutan yang amat hangat! PUBG Tournament yang mempunyai 153 penyertaan dan manakala DOTA 2 pula mendapat 192 penyertaan.
Finals yang bertempat di 1 Utama Mall, kita dapat melihat Team Zotac yang menjuarai dalam DOTA 2 selepas mereka kalahkan Team HighGround. Team Zotac yang terdiri daripada YamateH, Ohaiyo, Raven, Eyyou dan ChYuan. Mereka akan membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM20,000 dan mereka akan mendapat barangan aksesori berjenama Predator sebanyak RM5,500.
Manakala dalam bahagian Tournament PUBG pula, kita dapat lihat Team Asbol yang menang “Chiken Dinner” dalam tournament dengan mengalahkan Team Golden King. Team Asbol yang mendapat RM15,000 dan mendapat barangan Aksesori berjenama dari Predator yang bernilaI rm4,500, Team Asbol yang terdiri dari 4 orang iaitus Esdcorex, Bladee, Reignzera dan Hahagus yang menang dengan 3,935 points.
Sekali lagi, Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga Tournament ini akan buat lagi pada tahun hadapan. Untuk sesiapa yang berminat untuk melihat produk Predator boleh tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post