Baru-baru ini di Blizzcon mempunyai pelbagai game baru yang telah diumumkan seperti Warcraft 3:Reforged yang menjadi remastered version kepada peminat yang amat menyukai dan terkenal dalam game tersebut, ataupun pengenalan hero baru dalam Overwatch yang menjadi kesukaan orang ramai kerana style yang dia bawa dalam game.
Tapi kita disini mahu bincangkan tentang kesemua game yang aku cakap ni, semua game ni akan berkemungkinan akan dipindahkan ke dalam Mobile. Mengikut temubual bersama DigitalTrends, apabila ditanyakan tentang kenapa mereka meneruskan plan Diablo dalam mobile, Dan Ellgren yang berkata “Kami sebenarnya dah lama memikirkan game dalam mobile dan kami fikir apa yang terbaik dalam platform mobile.
Kemudiannya Adham menambah “Masa kami develop game Hearthstone yang nampak menarik dalam Desktop tapi ianya nampak mengagumkan dalam mobile, itu yang membuka mata tentang peluang dalam mobile platform game yang nampak boleh pergi jauh dan kami ada beberapa plan yang besar dalam platform mobile game dan semua orang boleh jangka yang kami akan bawa beberapa IP kami untuk serap ke dalam Mobile game tidak lama lagi.”
Jadi, apa yang kita boleh expect? Nampaknya diorang memang nak teruskan dunia Mobile gaming dan kita boleh expect beberapa game akan dilancarkan dalam platform tersebut. WoW dalam Mobile? Tak mustahil, sebab kita dah lihat Diablo Immortal yang akan dilancarkan.
Thanks, Digital Trends.
@gamersantaimy
Discussion about this post