Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aplikasi Manga UP buatkan ramai pembaca tidak puas hati, Censor banyak sangat!

Maira by Maira
July 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Aplikasi Manga UP buatkan ramai pembaca tidak puas hati, Censor banyak sangat!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ingin tahu, ada aplikasi manga rasmi yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu iaitu Manga UP. Aplikasi tersebut merupakan platform rasmi untuk siri manga yang diterbitkan oleh Square Enix. Katanya platform tersebut dilancarkan untuk mengurangkan cetak rompak dalam industri. Tetapi ramai pembaca tidak berpuas hati dengan Manga UP kerana banyak sangat kotak hitam ataupun “censor” pada manga yang tersedia. Belum cerita lagi tentang model aplikasi yang nampaknya tidak begitu mesra dompet.

Manga UP

Aplikasi ini mempunyai mempunyai beberapa tajuk manga popular seperti Soul Eater, Fullmetal Alchemist, My Dress-Up Darling, Kakegurui dan banyak lagi. Bayangkan anda tidak sabar untuk baca, tahu-tahu bab tersebut penuh dengan kotak censor. Terus hilang perasaan nak membaca tu. Bukan setakat itu sahaja, ada juga beberapa kotak censor yang diletakkan membuatkan panel manga tersebut nampak lebih “bahaya”. Walaupun ada beberapa panel siri lain yang nampak tidak keterlaluan, ia juga akan kena tapis dengan kotak hitam tersebut.

Ah, yup, yeah. Lol. pic.twitter.com/Z7YJiZAtk8

— Yami ReiRei, JK (@LossThief) July 26, 2022

Masalah lain pula, Manga UP memang percuma untuk digunakan. Malah anda juga boleh membaca beberapa bab manga secara percuma. Tetapi bab yang dibuka hanya tersedia selama tiga hari sebelum ia dikunci semula. Bukan setakat itu sahaja, kalau anda membeli menggunakan coin, ia sebenarnya lebih mahal berbanding membeli versi fizikal manga tersebut. Macam sia-sia sahaja perhabiskan duit dalam aplikasi ini.

Bayangkan sudah banyak pakai duit, tahu-tahu penuh dengan kotak hitam untuk satu muka surat manga. Memang termenung sahajalah. Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen!

Tags: CensorshipManga UP
Previous Post

Peminat bikin remake Bully guna Unreal Engine 5, hasil nampak lebih gempak

Next Post

[Unboxing] ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 , sesuai dalam mana-mana situasi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Unboxing] ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 , sesuai dalam mana-mana situasi!

[Unboxing] ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 , sesuai dalam mana-mana situasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd