Selain laptop dan perkakasan PC, Republic of Gamers (ROG) Malaysia juga telah memperkenalkan siri ‘gaming backpack’ baharu yang kini tersedia secara rasmi di Malaysia. Penuh gaya dan kelas, kita berpeluang mencuba salah satu backpack tersebut iaitu ROG Archer Backpack 15.6 BP1505!
Berikut adalah unboxing kami.
Archer Backpack 15.6 mempunyai banyak ruang supaya kita dapat membawa gajet-gajet gaming kita dimana-mana sahaja. Menampilkan reka bentuk yang minimalis, ringan dan fleksibel berasaskan segi tiga, backpack ini juga terbukti tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan tahan lama.
Secara lebih khusus lagi, backpack ini direka untuk serba boleh sepanjang hari. Berkapasiti 16 liter, beg ini boleh muat komputer riba sehingga 15.6-inci, manakala tiga poket luaran dan dalaman dapat memuatkan peralatan tambahan termasuk tablet, botol air atau payung.

Kembali ke topik serba boleh, beg ini boleh digunakan sebagai beg galas dengan tali tradisional, sebagai beg bimbit dengan pemegang yang mudah dibawa, atau sebagai beg bahu dengan tali boleh tanggal. Diperbuat daripada fabrik tahan lama dan kalis air Cordura 610D, bersama dengan zip YKK dan kancing Duraflex, semuanya memastikan beg ini dapat bertahan dalam apa jua situasi.
Bukan itu sahaja, kain ‘Ultra-breathable High Molecular Weight Polyethylene’ memastikan pemakai sentiasa selesa walaupun hari sedang panas.

Berikut adalah spesifikasi rasmi bagi produk:
- Nama: ROG Archer Backpack 15.6 BP1505
- Warna: Hitam
- Saiz: (L)300 x (H)430 x (W)120 mm
- Berat: 1 kg
- Kapasiti: Lebih kurang 16 liter
- Bahan di bahagian luar: Cordura 610D, TPU
- Dalaman: Poliester 210D
- Poket/ruang dalaman
- Poket komputer riba
- Poket tablet
- 1 poket terbuka
- 5 poket jenis zip
- Poket Luaran
- 3 poket depan
- 1 poket tepi
- 1 poket tersembunyi di bahagian belakang
Buat sesiapa yang berminat, ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 kini tersedia di Malaysia pada nilai harga RM 409 melalui Lazada atau Shopee! Untuk membaca segala liputan kami tentang ROG, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post