Bully adalah game yang dibangunkan oleh Rockstar Games dan masih terkenal sehingga kini. Ia pernah dikeluarkan pada tahun 2006 dan mendapat remastered pada tahun 2008 dengan tajuk Bully: Scholarship Edition. Sebelum mendapat remake yang sebenar, terdapat peminat yang meluangkan masa untuk membuat remake game Bully dengan menggunakan Unreal Engine 5.
Walaupun hanya dibuat oleh peminat, game yang dihasilkan sudah pasti nampak sangat baik. Hal ini kerana teknologi yang didatangkan pada Unreal Engine 5 sangat menakjubkan dengan memberikan perincian kepada setiap satu asset. Anda boleh dapat gambaran dengan lebih jelas tentang remake yang dibuat oleh Teaserplay melalui dua video di bawah.
Melalui video pertama, ia berfungsi sebagai trailer untuk menunjukkan gambaran yang lebih terperinci berkenaan remake game Bully kepada peminat lain. Dalam video tersebut, kita boleh lihat dunia yang dibina nampak lebih realistik dengan pencahayaan yang cantik dan watak protagonis juga nampak lebih terperinci.
Video kedua pula, ia memaparkan perbezaan antara game Bully yang pertama dan versi remake. Melalui video tersebut, kita boleh lihat yang Unreal Engine 5 mampu memberikan grafik yang jauh lebih baik dan sesuai untuk digunakan. Meraka juga cuba sedaya upaya untuk membuat semula muka watak protagonis iaitu Jimmy Hopkins.
Dengan melihat dua-dua video daripada Teaserplay, ia sudah cukup untuk kita teruja dan teringat kembali kisah semasa bermain game in. Buat masa sekarang, mereka tidak akan mengeluarkan game ini di mana-mana sahaja dan ia hanya semata untuk memberikan gambaran kepada peminat.
Ramai peminat yang mengharapkan Bully akan dapat remake, tapi apakan daya, Rockstar Games nampaknya terlalu sibuk dengan membangunkan GTA 6. Jika betul dapat remake, harapnya ia lebih bagus daripada yang ditunjukkan oleh Teaserplay.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa remake Bully yang dibuat oleh Teaserplay dengan hanya menggunakan Unreal Engine 5. Mereka menggunakan sepenuhnya ciri-ciri yang didatangkan pada Unreal Engine 5 dan yang lebih penting adalah hasil yang diberikan sangat bagus.
Sudah tengok kedua-dua video yang dikeluarkan oleh Teaserplay? Apa pendapat korang tentang remake Bully yang dibangunkan oleh peminat dengan menggunakan Unreal Engine 5? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post