Apex Legends Season 23, yang diberi nama From the Rift, kini telah tiba dan penuh dengan perubahan, kemas kini, dan kandungan baharu yang menarik.
Musim ini memberi tumpuan kembali kepada salah satu watak support original Apex—Lifeline, yang telah diberikan perubahan besar dengan abiliti baharu yang menjadikannya lebih dinamik dan serba boleh sebagai medik tempur. Pemain juga boleh meneroka kuasa kosmik dengan Rift Relic baharu, dan mendapatkan senjata jarak dekat universal baharu, Raptor’s Claw.
Lifeline Serba Baharu
Selepas kejayaan Revenant rework pada Season 18, musim ini memberikan perubahan kepada Lifeline dengan abiliti yang dikemas kini bagi meningkatkan peranannya sebagai support yang berjuang di barisan hadapan. Lifeline kini mempunyai set abiliti yang lebih hebat dengan abiliti Tactical, Passive, dan Ultimate yang diperbaharui.
Passive: Kebolehan revive ikonik Lifeline masih ada, membolehkannya terus menghidupkan semula rakan sepasukan dalam pertarungan. Namun, kebolehan pasifnya kini mempunyai tambahan baharu—Lifeline boleh berpaut pada dron, DOC, dan meluncur di udara untuk jangka masa pendek. Ini membantunya memposisikan diri dengan pantas, menavigasi kawasan sukar, dan mengikuti rakan sepasukan.
Tactical: DOC, dron penyembuhan setia Lifeline, telah dinaik taraf. Kini, DOC boleh mengikuti mana-mana rakan sepasukan yang ditugaskan kepadanya dan memberikan penyembuhan kepada semua rakan sepasukan berdekatan. Lifeline boleh menetapkan semula DOC kepada rakan sepasukan lain mengikut keperluan. Jika perlu, dia juga boleh memanggil DOC kembali kepadanya untuk sokongan segera.
Ultimate: Ultimate baharu Lifeline, DOC’s Halo, menghasilkan perisai berbentuk cincin besar yang melindungi semua orang di dalamnya daripada serangan sambil menyediakan penyembuhan pantas untuk semua pemain—ya, termasuk musuh. Alat ini sesuai untuk mencipta zon selamat sementara pasukannya berkumpul semula, tetapi ia mempunyai satu kelemahan: perisai ini terbuka di bahagian atas, menjadikan semua orang di dalamnya terdedah kepada bom atau serangan dari atas.
Kemas Kini Besar untuk Support Legend
Dalam Apex Legends Season 23, para Support Legend akan menerima kemas kini yang mengukuhkan kebolehan penyembuhan dan revival mereka. Mereka kini mendapat manfaat daripada dua perk baharu, Heal Expert dan Revive Expert.
- Heal Expert: Dengan Heal Expert, Support Legend tidak lagi perlahan semasa menyembuh, dan ubat kecil yang digunakan akan memulihkan kesihatan dua kali ganda. Abiliti ini mirip dengan abiliti ‘gold armor’ lama, menjadikan mereka lebih mudah bergerak dan tahan lasak.
- Revive Expert: Kelebihan ini membolehkan Legend jenis Support menghidupkan semula rakan sepasukan 25% lebih pantas, dengan tambahan nyawa jika revive berjaya. Tambahan pula, mobile respawn beacon akan secara automatik muncul dalam kotak mati rakan sepasukan, memberi peluang tambahan untuk menghidupkan semula rakan sepasukan lain secara segera.
Beberapa Support Legend juga menerima kemas kini individu:
Gibraltar: Masa cooldown untuk dome-nya dikurangkan dari 30 saat kepada 17 saat. Dia juga memperoleh Big Brother, versi lagi luas untuk Ultimate-nya, dan Fast Shottes, peningkatan bagi kebolehan shotgun lamanya.
Conduit: Kebolehan pasifnya kini diaktifkan di sekitar kotak mati rakan sepasukan, respawn beacon, dan crafting station tanpa had jarak, menjadikannya lebih berkesan dalam menghidupkan semula rakan sepasukan.
Newcastle: Mobile Shield miliknya kini tidak boleh dimusnahkan dan boleh dikawal semasa dia ‘down’. Selain itu, Revive Shield telah menerima peningkatan HP sebanyak 50%, menjadikannya lebih kukuh semasa revival.
Memperkenalkan Rift Relic
Pemain boleh memanfaatkan kuasa rift kosmik yang telah muncul di Outlands. Setiap kali kilat melanda dari rift ini, pemain boleh mengikuti cahaya untuk mencari loot tick khas yang mengandungi Rift Relic—kategori item dan senjata berkuasa baharu dengan lebih daripada 25 item dan senjata unik.
- Rift Relic: Item-item ini menawarkan kuasa yang lebih tinggi dan abiliti unik, di mana banyak relic memberi penghormatan kepada sejarah Apex Legends dan Titanfall, seperti launcher ikonik EPG-1.
Update Senjata untuk Musim Ini
Beberapa senjata menerima peningkatan besar pada musim ini:
- Havoc: Kini menjadi sebahagian daripada senjata dalam care package dengan kembalinya Select Fire Beam Shot.
- Longbow: Mendapat buf damage per tembakan.
- L-Star: Ditingkatkan dengan penambahan damage dan animasi tembakan yang lebih lancar untuk pengendalian yang lebih baik.
- Sentinel & Rampage: Mekanik charge-up ditingkatkan, membolehkan penggunaan yang lebih lama semasa dicas.
- Spitfire: Damage ditingkatkan untuk prestasi yang lebih baik.
- Akimbo P2020: Ketepatan hip-fire ditingkatkan untuk pertarungan jarak dekat yang lebih dipercayai.
- Devotion: Kembali sebagai loot lantai tanpa Turbocharger, tetapi menerima penambahbaikan asas untuk mengekalkan kekuatannya.
Senjata Melee Universal Baharu: Raptor’s Claw
Raptor’s Claw, senjata melee universal baharu, diilhamkan oleh karambit, dan menawarkan animasi yang bergaya, terutamanya dengan animasi larian uniknya. Raptor’s Claw amat serba boleh dan menarik untuk semua pemain, dengan animasi pemeriksaan dan serangan istimewa untuk setiap Legend, memberikan cara baharu untuk bertarung secara jarak dekat.
Apex Legends Season 23 akan tersedia pada 6 November! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post