Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ANOMALITH – Sebuah Game Survival Horror Unik Dengan Visual Anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Seram, Shooter, Steam, Survival
0 0
0
ANOMALITH – Sebuah Game Survival Horror Unik Dengan Visual Anime!
Share on FacebookShare on Twitter

FuRyu bersama pembangun Winning Entertainment Group (dahulunya dikenali sebagai Natsume Atari) secara rasmi mengumumkan ANOMALITH, sebuah game third-person survival shooter yang bakal dilancarkan pada 29 Oktober 2026. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, PC melalui Steam, dan juga Nintendo Switch 2.

Berlatarkan era 1990-an dalam garis masa alternatif, ANOMALITH membawa kita ke sebuah dunia yang sedang menuju kehancuran. Fenomena misteri dikenali sebagai “Otherworlds” muncul tanpa amaran dan mula “menelan” bandar-bandar besar ke dalam dimensi lain.

Walaupun pihak kerajaan menubuhkan unit khas “Danger Zone Countermeasures Office”, ancaman ini terbukti terlalu sukar untuk dibendung sehingga keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Pemain akan menggalas watak Reona Minazuki, seorang penyiasat yang baru sahaja terjaga daripada koma selama 10 tahun di dalam sebuah anomali misteri yang dipanggil “Sarcophagus”.

Kesan daripada kejadian itu, Reona kini memiliki sensitiviti luar biasa terhadap gangguan Otherworlds, menjadikannya satu-satunya harapan kerajaan untuk menguruskan kekacauan ini.

Sebagai Reona, anda perlu menyusup masuk ke zon-zon berbahaya demi menyelamatkan seorang rakan karib dan merungkai rahsia di sebalik ancaman anomali tersebut.

Dari segi gameplay, ANOMALITH mengambil inspirasi besar daripada trend “liminal space” dan “anomaly horror.” Pemain bakal menerokai persekitaran yang bukan sahaja menyeramkan, malah mencabar logik akal… seperti kawasan apartmen dengan graviti terbalik atau gerabak kereta api yang bergerak tanpa penghujung.

Aksi combat pula membawakan campuran elemen tembak-menembak dengan serangan jarak dekat. Memandangkan peluru sangat terhad, setiap tembakan amat berharga.

Musuh-musuh bertindak secara agresif dan tidak terduga, namun jika anda berjaya ‘stun’ mereka, anda boleh menggunakan serangan melee untuk menumpaskan mereka tanpa membazirkan peluru.

Satu lagi elemen menarik ialah sistem “Demi-Humanization”. Disebabkan hubungan unik Reona dengan Otherworlds, dia mampu menyerap sifat-sifat anomali untuk mendapatkan kuasa supernatural.

Pemain boleh membuka dan menaik taraf pelbagai abiliti pasif serta aktif bagi membantu Reona bertahan hidup di dalam zon-zon yang lebih ekstrem dan berbahaya.

ANOMALITH menawarkan sistem customization yang sangat luas dengan lebih 300 barangan kosmetik merangkumi sembilan bahagian badan. Anda bebas mengubah rupa Reona mengikut kreativiti, sama ada mahu menyerupai ejen atau mengikut gaya tahun 90-an.

Customization ini tidak hanya terhad kepada rupa paras, malah melibatkan aspek gameplay. Dengan pelbagai pilihan senjata, aksesori, serta “artifact” yang memberikan kesan buff atau debuff, pemain mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk membina loadout yang paling sesuai dengan cara permainan masing-masing.

Tags: ANOMALITH
ShareTweetSend
Previous Post

Destiny 2 Tamatkan Live Service Pada 9 Jun, Fokus Beralih ke Masa Depan

Next Post

GTA 6 Masih Akan Keluar 19 November – Bos Take-Two Padam Keraguan Tentang Penangguhan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
GTA 6 Masih Akan Keluar 19 November – Bos Take-Two Padam Keraguan Tentang Penangguhan

GTA 6 Masih Akan Keluar 19 November - Bos Take-Two Padam Keraguan Tentang Penangguhan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd