Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Animenia 2024 – Konsert Anime & ACG Cosplay Yang Disajikan Oleh Artis Malaysia! Tiket Dijual Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Muzik, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Animenia 2024 – Konsert Anime & ACG Cosplay Yang Disajikan Oleh Artis Malaysia! Tiket Dijual Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru pasti mengundang pelbagai acara baru! Jika korang ingin menjadi sebahagian daripada perayaan anime berwarna-warni, muzik, dan cosplay, jom sertai Animenia 2024! Merupakan acara muzik orkestra dan ACG Cosplay, Animenia 2024 akan diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 3 dan 4 Februari. Tiket kini tersedia untuk beli.

Kredit: Animenia

Dianjurkan oleh Musicwerks dan disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, acara ini akan memfokuskan kepada persembahan orkestra bertema anime, pop-up booths, aktiviti unik atas pentas, bazar makanan, Cabutan Bertuah dan tarian Cosplay pada hari kedua. Berikut adalah info penting:

Animenia Concert (Kedua-dua Hari)

Kredit: Animenia

Konsert meriah ini berdurasi 1 jam 30 minit dan menampilkan 40 lagu anime popular yang dipersembahkan oleh orkestra hebat Elcoro Ensemble, diketuai oleh konduktor muzik MK Ridzuan. Bukan itu sahaja, ia akan diiringi oleh lima penyanyi berbakat, dan antara lagu anime yang mungkin dipersembahkan termasuk siri Jujutsu Kaisen, Naruto, Suzume, Digimon, Attack On Titan, dan banyak lagi.

Senarai artis yang dijemput:

  • Nuim Mubarrak
Kredit: Animenia
  • Rina-Hime
Kredit: Animenia
  • Asmidar
Kredit: Animenia
  • Ariel Fesol
Kredit: Animenia
  • Riko (SOG)
Kredit: Animenia

Tea-Dance Party (4 Februari, 5 petang – 10 malam)

Siap sedia untuk Tea-Dance Party paling epik, ditemani dengan lagu Animenia yang menyeronokkan oleh DJ Anime yang luar biasa. Tonjol diri diri dan menari sepanjang malam dengan campuran lagu anime yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Butiran Acara

  • Tarikh: 3 dan 4 Februari 2024
  • Masa: 11 pagi hingga 11 malam
  • Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya

Tiket dan Harga

Kredit: Animenia

3PM : MATINEE CONCERT

  • One-Day Pass (3 Feb) – RM165.00
  • Two-Day Pass (3 & 4 Feb) – RM205.00
  • Full Access Pass (3 & 4 Feb) – RM300.00

8PM : CONCERT

  • One-Day Pass (3 Feb) – RM165.00
  • Two-Day Pass (3 & 4 Feb) – RM205.00
  • Full Access Pass (3 & 4 Feb) – RM300.00

Tiket boleh dibeli di SINI!


Dapatkan segala berita kami tentang acara ACG di SINI!

Tags: animeAnimenia 2024konsert
ShareTweetSend
Previous Post

Game Arcade Initial D Kembali Di Malaysia! Mari DEJAVU Bersama!

Next Post

10+ Game yang Paling Dinantikan Gamer pada Tahun 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
10+ Game yang Paling Dinantikan Gamer pada Tahun 2024!

10+ Game yang Paling Dinantikan Gamer pada Tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd