Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Arcade Initial D Kembali Di Malaysia! Mari DEJAVU Bersama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2023
in Arcade, Artikel, Berita, Sukan/lumba, Tempatan
0 0
0
Game Arcade Initial D Kembali Di Malaysia! Mari DEJAVU Bersama!
Share on FacebookShare on Twitter

Tipu lah kalau korang tak pernah main game lumba kereta di arcade semasa kecil! Satu pilihan popular adalah siri Initial D dan walaupun game ini masih ada di negara kita, ia tidak lagi popular seperti dulu. Namun, kami dapat tahu berita bahawa siri game arcade Initial D akan kembali di Malaysia – jadi jika korang ingin bernostalgia semula, sekarang adalah masanya.

Diumumkan di Facebook INITIAL D ARCADE STAGE, projek “Global Racer-ization” telah bermula di Malaysia dan memperkenalkan game Initial D terbaru untuk para pengunjung arcade. Sebanyak tiga lokasi telah dipilih buat masa ini iaitu:

  • Molly Fantasy – Persiaran Batu Nilam 1/KS06, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang
  • Fun Factory – Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Palo Sunway – Lingkaran, Sunway Velocity,55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Setakat tiga lokasi di atas sahaja yang ada game Initial D terbaru, tetapi lebih banyak akan ditambah pada hari kemudian.

Bagi mereka yang tertanya, game Initial D terbaru ialah Initial D The Arcade. Dilancarkan pada 2021 berdasarkan siri anime popular, Initial D, ini adalah game arcade yang ke-10 dalam siri secara keseluruhan. Tidak seperti game sebelum, yang menggunakan game engine proprietari, The Arcade menggunakan Unreal Engine 4 untuk gameplay lebih lancar dan grafik lebih realistik.

Kredit: SEGA

Initial D The Arcade membolehkan sehingga empat pemain berlumba pada satu-satu masa. Walaupun begitu, perlawanan one-on-one masih tersedia, dan boleh muncul dalam Story Mode. Game ini juga merupakan yang pertama untuk menggunakan model avatar pemain berbanding model sama yang digunakan semula dari Arcade Stage 4 hingga Arcade Stage Zero.

6 game mode tersedia:

  • Story Mode
  • Time Trial
  • Theory of Streets
  • Online Battle (2 pemain)
  • Local Battle (2-4 pemain)
  • Special (hanya tersedia semasa event)
Kredit: SEGA

Antara kereta yang pemain boleh pakai termasuk Honda Civic SiR-II, Honda Civic Type R, Mazda RX-7 Type RS, Mazda RX-8 Type S, Mitsubishi Lancer Evolution IX GSR, Mitsubishi Lancer Evolution X GSR, Nissan GT-R Nismo, Nissan Fairlady Z Version ST, Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nür, Porsche 718 Cayman GTS, Subaru Impreza WRX STi, Suzuki Swift Sport, Toyota GR Yaris 1st Edition RZ “High performance”, Toyota Supra RZ, dan banyak lagi.


Dapatkan segala berita kami tentang Initial D di SINI!

Tags: Initial DMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime SPY×FAMILY CODE: White Bakal Tayang di Malaysia!

Next Post

Animenia 2024 – Konsert Anime & ACG Cosplay Yang Disajikan Oleh Artis Malaysia! Tiket Dijual Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Animenia 2024 – Konsert Anime & ACG Cosplay Yang Disajikan Oleh Artis Malaysia! Tiket Dijual Sekarang!

Animenia 2024 - Konsert Anime & ACG Cosplay Yang Disajikan Oleh Artis Malaysia! Tiket Dijual Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd