Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tokyo Ghoul Mungkin Kembali untuk Ulang Tahun Ke-10

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Anime Tokyo Ghoul Mungkin Kembali untuk Ulang Tahun Ke-10
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Tokyo Ghoul telah mendiamkan diri selama beberapa tahun, tetapi nampaknya semua itu akan berubah kerana adaptasi anime baharu mungkin akan datang tidak lama lagi.

Kisahnya begini: Tokyo Ghoul dibuat oleh Sui Ishida dan dianggap sebagai salah satu karya terhebat dalam sejarah manga, tetapi malangnya, adaptasi anime tidak memenuhi jangkaan. Sempena ulang tahun ke-10 rancangan itu, khabar angin mula tular di internet bahawa anime serba baharu (reboot) mungkin sedang dalam pembikinan.

■□ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄

  2024.07.03 6:00 PM JST

         ____■□

Coming soon…#東京喰種 #TG_anime10th pic.twitter.com/VeTVr4QEKp

— 【公式】TVアニメ『東京喰種トーキョーグール』 (@tkg_anime) June 23, 2024

Mengapa ramai yang yakin? Ini kerana media sosial rasmi untuk anime telah hidup semula dan memuat naik teaser misteri. Seperti yang anda dapat lihat di atas, teaser itu memberitahu bahawa akan ada sebuah pengumuman besar tentang Tokyo Ghoul pada 3 Julai.

Tiada siapa tahu apa yang sedang dirancang sekarang, tetapi di media sosial, ramai peminat Tokyo Ghoul merayu agar anime dibuat semula.

Kredit: Studio Pierrot

Anime Tokyo Ghoul ditayangkan pada Julai 2014 oleh Studio Pierrot, dan musim pertama menerima banyak pujian positif. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak dapat direplikasikan ke musim kedua.Tokyo Ghoul √A bercabang daripada manga untuk menceritakan kisah original, dan komuniti tidak suka langsung akan perubahannya. Apabila Tokyo Ghoul kembali ke arah yang betul dengan musim ketiga, peminat pula tidak berpuas hati dengan kualiti animasi rendah yang memburukkan lagi keadaan.

Kredit: Studio Pierrot

Memandangkan manga Tokyo Ghoul sangat bagus, saya faham mengapa ramai peminat ingin melihat anime berjaya. Semoga pengumuman akan datang ini dapat memuaskan hati para peminat.

Sinopsis

Kredit: Studio Pierrot

“Cerita ini berlatarkan versi alternatif Tokyo di mana manusia wujud bersama ghoul, makhluk yang kelihatan seperti manusia tetapi hanya boleh bertahan hidup dengan memakan daging manusia.”

“Protagonis, Ken Kaneki, adalah seorang pelajar kolej yang berubah menjadi half-ghoul selepas satu pertembungan bahaya. Kini, dia mesti menghadapi dunia sosial dan politik yang rumit antara manusia dan ghoul sambil berjuang untuk mengekalkan kemanusiaannya.”

Tags: animeTokyo Ghoul
ShareTweetSend
Previous Post

“Membawa Ultraman Ke Genre Permainan Kad” – Interviu ULTRAMAN CARD GAME Bersama Eiji Shishido

Next Post

“Asal Usul Cardfight!! Vanguard & Weiss Schwarz” – Interviu Bersama Satoshi Nakamura, Presiden Yuhodo

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
“Asal Usul Cardfight!! Vanguard & Weiss Schwarz” – Interviu  Bersama Satoshi Nakamura, Presiden Yuhodo

"Asal Usul Cardfight!! Vanguard & Weiss Schwarz" - Interviu Bersama Satoshi Nakamura, Presiden Yuhodo

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd