Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!

Maira by Maira
December 29, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Chainsaw Man telah pun tamat dengan episod ke-12 ditayangkan pada Rabu yang lalu. Walaupun ada beberapa peminat yang tidak berpuas hati dan meminta remake baru, kami rasa MAPPA telah lakukan satu kerja yang baik untuk adaptasi anime siri popular itu. Untuk musim pertama Chainsaw Man, kita akhirnya melihat penamat kepada Katana Man Arc dan melihat watak-watak kita mengalahkan musuh terhebat mereka buat masa ini.

chainsaw man anime
AMARAN! ADA SPOILER ANIME CHAINSAW MAN EPISOD 12!!

Episod yang lalu, kita melihat Aki yang membuat perjanjian dengan Future Devil manakala Kishibe pula telah mengetuai Special Division 4 dalam misi mengalahkan Katana Man dan Sawatari Akane.

Aki nampaknya menghadapi masalah semasa percubaan menumpaskan Ghost Devil. Tetapi setelah perasan bahawa Devil itu hanya menggunakan ketakutan untuk menyerang mangsanya, Aki yang tidak lagi takut padanya dengan cepat memenggal kepala devil itu. Sawatari yang cuba menyerang Aki telah gagal apabila ditangkap oleh Kobeni.

Selepas itu, kita melihat Denji dan Power dalam sebuah elevator dan boleh pula ia berhenti di sebuah tingkat penuh dengan zombi. Power pun keluar dari elevator melawan zombi tersebut dan menyangka Denji akan melihatnya. Malang sekali, Denji terus berada dalam elevator tersebut sehinggalah dia terjumpa Katana Man dan pengikutnya.

Pada mulanya Katana Man ingin mengetahui jika Denji menyesal dengan perbuatannya yang membunuh datuknya dan zombi tersebut. Selepas mengetahui Denji tidak langsung berasa sedemikian, masing-masing mula bertukar menjadi devil form dan bertarung.

Pertarungan antara Chainsaw Man dan Katana Man boleh tahan sengit. Sampai pada satu tahap, kedua-dua tangan Chainsaw Man berjaya dipotong oleh Katana Man. Sudah tentu Chainsaw Man tidak memerlukan tangannya untuk kalahkan Katana Man. Dengan mengeluarkan rantai gergaji melalui kakinya pula, Chainsaw Man berjaya menumpaskan Katana Man.

Nasib malang Katana Man tidak berhenti di situ sahaja. Selepas ditangkap, dia kini menerima hukuman perit daripada Aki dan Denji.

Kemudian, kita dibawa melihat Makima yang memberikan laporan mengenai kejadian tersebut. Rupa-rupanya Sawatari telah membuat perjanjian dengan Gun Devil untuk memberikan senjata tersebut kepada yakuza, dengan syarat dia perlu mendapatkan jantung Chainsaw Man. Tetapi dia pula telah dibunuh oleh Snake Devil.

Sebagai penamat musim, kita telah diacah dengan penampilan Reze, watak baru yang akan memainkan peranan penting dalam arc akan datang. Buat masa ini, MAPPA tidak mengumumkan lagi musim terbaru untuk anime Chainsaw Man. Jadi kita mampu tunggu sahaja berita baru daripada mereka.

chainsaw man anime

Kalau anda tidak sabar untuk musim kedua diumumkan, bolehlah anda membaca manganya melalui Mangaplus bermula bab 39. Kalau anda ingin membeli versi fizikal, anda boleh membeli jilid 5. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Chainsaw Man
Previous Post

Tonton M4 di HomeBois Pitstop, daftar sekarang untuk peluang memenangi hadiah eksklusif MLBB!

Next Post

MSI Titan GT77 menjadi laptop pertama dengan skrin Mini LED 4K/144Hz!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
MSI Titan GT77 menjadi laptop pertama dengan skrin Mini LED 4K/144Hz!

MSI Titan GT77 menjadi laptop pertama dengan skrin Mini LED 4K/144Hz!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd