Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Titan GT77 menjadi laptop pertama dengan skrin Mini LED 4K/144Hz!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Titan GT77 menjadi laptop pertama dengan skrin Mini LED 4K/144Hz!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, MSI mengumumkan bahawa laptop gaming flagship Titan GT77 akan menjadi laptop pertama di dunia untuk menampilkan paparan Mini LED 4K/144Hz, yang juga merupakan skrin laptop paling premium sekarang di pasaran.

Paparan 4K/144Hz pada Titan GT77 dikuasakan oleh teknologi AmLED Mini LED milik AUO, yang memberikan cahaya ‘backlighting’ lebih terang, prestasi HDR lebih baik dan gamut warna cukup luas. Kecerahan maksimum paparan melebihi 1000 nits, iaitu 2.5x lebih cerah berbanding LCD biasa dan berkat ‘1008 zon malap’, imej yang lebih tajam kualiti dengan kurang kesan halo boleh dilihat.

Kecerahan puncak tinggi dengan teknologi AmLED Adaptive Control dinamik melaraskan imej secara real time dan juga membawa prestasi HDR yang baik. Titan GT77 diperakui VESA DisplayHDR 1000 dan menjamin pengalaman HDR ‘mengasyikkan’ semasa gaming atau streaming. Untuk mempersembahkan sebanyak mungkin warna, paparan Titan GT77 menampilkan 100% gamut warna DCI-P3 yang luas, lantas memenuhi keperluan content creator seperti penyunting video dan pereka grafik.

Harap maklum, ini hanya bagi bahagian paparan sahaja. Kami sempat membuat ulasan teknikal bagi MSI Titan GT77 model 12UHS yang anda boleh baca di SINI.

Titan GT77 serba baharu akan dilancarkan secara rasmi di CES 2023 dan lebih banyak ciri eksklusif akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk segala liputan kami tentang produk MSI, sila tekan pautan ini.

Tags: LaptopMSIMSI Titan GT77Teknologi
Previous Post

Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!

Next Post

Interview bersama pemenang Apple App Store Awards 2022 – Apex Legends Mobile, Moncage & Inscryption!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Interview bersama pemenang Apple App Store Awards 2022 – Apex Legends Mobile, Moncage & Inscryption!

Interview bersama pemenang Apple App Store Awards 2022 - Apex Legends Mobile, Moncage & Inscryption!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd