Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anak ketagih game dalam talian, Bapa sanggup berkempen separuh China untuk bantu!

Maira by Maira
June 20, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Anak ketagih game dalam talian, Bapa sanggup berkempen separuh China untuk bantu!
Share on FacebookShare on Twitter

Internet kini menjadi keperluan ramai orang lebih-lebih lagi semasa tahun 2020, di mana pandemik COVID-19 berlaku. Ramai yang menghabiskan masa mereka dalam talian bermain game dan ini telah menyebabkan ketagihan dalam kalangan masyarakat. Baru-baru ini, terdapat seorang bapa yang telah mengembara hampir separuh China untuk membantu anaknya yang ketagih dengan game dalam talian. Mari kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Sumber: Freepik

Berita ini telah dilaporkan melalui sebuah laman web China, yang menceritakan tentang Zheng Lishu yang telah menghabiskan masanya selama 8 bulan berkempen untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya game dalam talian dan ingin membantu anaknya yang ketagih. Tetapi usahanya itu gagal setelah mendapati anaknya masih lagi bermain game dalam talian setelah pulang ke rumah. Kisah mengenai perjuangan Zheng Lishu ini juga menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Sumber: i.ifeng.com

Zheng Lishu yang berumur 51 tahun itu bukanlah berkempen seorang diri tetapi dia juga disertai oleh beberapa ibu bapa yang lain. Dengan berbasikal hampir separuh China, dia telah berkempen untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya game dalam talian dan ingin menghentikannya. Kempen ini dilakukannya bermula Ogos 2021 sehinggalah April 2022. Bukan setakat itu sahaja, dia juga telah pergi ke beberapa jabatan di Beijing untuk menyelesaikan masalah ini serta mengemukakan laporan lebih 400 kes yang sama.

Berita mengenainya juga telah tersebar dalam kalangan Netizen, yang juga percaya bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencegah masalah ini. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cara Zheng Lishu yang meninggalkan anaknya untuk berkempen, yang semestinya tidak memberikan kesan terhadap anaknya. Ada juga yang mempersoalkan, mengapa dia tidak membawa anaknya sekali semasa berkempen. Mungkin anaknya juga akan berhenti main seketika.

Sumber: Freepik

Masalah tentang ketagihan internet ini memang sukar untuk dibendung kerana untuk sesetengah orang, ianya tempat untuk mereka bergembira dan meluangkan masa. Ia juga penting untuk seseorang dalam mengimbangi gaya hidup sendiri. Ibu bapa juga perlulah memantau penggunaan Internet kanak-kanak supaya mereka tidak ketagih terhadapnya. Ini tidak bermaksud melarang mereka menggunakan Internet, tetapi tetapkan masa penggunaan untuk setiap hari sudah memadai.

Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikannya di ruang komen! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, teknologi dan lain-lain.

Sumber: Wanuxi

Tags: chinaGame onlineKetagihan game
Previous Post

Loot box rasmi dibuang dari Overwatch 2, ramai peminat mengadu tidak adil

Next Post

MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023

MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd