Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa perlawanan Grand Final untuk MLBB Southeast Asia Cup (MSC) 2022 antara RRQ Hoshi dan RSG PH, sebuah teaser tentang Kejohanan Dunia M4 turut ditayangkan dan nampaknya akan ditunda kepada Januari tahun depan.

Melalui halaman YouTube rasmi Mobile Legends: Bang Bang aka MLBB, mereka telah memuat naik teaser 22 saat yang mendedahkan tarikh rasmi acara M4. Selalunya diadakan pada bulan Disember setiap tahun, kali ini Kejohanan Dunia M4 dunia akan diadakan pada 1 Jan hingga 15 Jan 2023.

Moonton masih belum mengumumkan secara rasmi butiran lanjut mengenai siapa akan menjadi hos atau di mana acara ini akan diadakan.

Ini bukan kali pertama Kejohanan Dunia siri M diadakan pada awal tahun. Kejohanan Dunia M2 asalnya ditetapkan untuk keluar pada penghujung tahun 2020 tetapi telah dipindahkan ke Jan 2021 berikutan pandemik global. Ini menyebabkan dua kejohanan bersiri dunia diadakan dalam tempoh tahun yang sama di mana Kejohanan Dunia M3 diadakan pada Disember 2021.

Kejohanan Dunia siri M ialah kejohanan e-sukan antarabangsa tahunan untuk game Mobile Legends: Bang Bang di mana pasukan dari seluruh dunia akan berhadapan antara satu sama lain untuk menjadi Juara Seluruh Dunia dan peluang untuk memiliki skin MLBB eksklusif bertemakan pasukan juara. Kejohanan tahunan itu disampaikan oleh Moonton dan buat masa ini telah diadakan sebanyak tiga kali.

Tahun lepas, pasukan Blacklist International dari Filipina telah memenangi Kejohanan Dunia M3 selepas menewaskan ONIC PH sebanyak 4-0 di pusingan akhir. Buat masa sekarang, sebuah skin Estes bertemakan pasukan ini sedang dalam pembikinan.

Berikut adalah keputusan untuk semua Kejohanan Dunia siri M:

  • M1: EVOS Legends – RRQ Hoshi (4–3)
  •  M2:  Burmese Ghouls – Bren Esports (3–4)
  • M3: ONIC Philippines  – Blacklist International (0–4)

Untuk segala liputan kami tentang adegan e-sukan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Tags: 2023E-SukanKejohanan dunia M4MLBB
Previous Post

Anak ketagih game dalam talian, Bapa sanggup berkempen separuh China untuk bantu!

Next Post

Walau teruk kena kecam, ‘Diablo Immortal’ berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Walau teruk kena kecam, ‘Diablo Immortal’ berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu

Walau teruk kena kecam, 'Diablo Immortal' berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd