Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alan Wake 2 Rasmi Lancar Hari Ini! Survival Horror Terbaik 2023?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Alan Wake 2 Rasmi Lancar Hari Ini! Survival Horror Terbaik 2023?
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Epic Games dan Remedy Entertainment secara rasminya telah melancarkan Alan Wake 2 di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store! Baru sahaja dikeluarkan, ramai pula yang label Alan Wake 2 sebagai game Survival Horror terbaik tahun ini! Jika anda penggemar game seram, ini pasti adalah game yang seronok cuba.

Sinopsis

Rentetan pembunuhan ritual telah mengancam Bright Falls, sebuah komuniti bandar kecil yang dikelilingi oleh hutan belantara Barat Laut Pasifik.

Saga Anderson, seorang ejen FBI yang berjaya, tiba untuk menyiasat. Sementara itu, Alan Wake, seorang penulis yang hilang terperangkap dalam mimpi ngeri di luar dunia kita, menulis kisah gelap dalam usaha untuk membentuk realiti di sekelilingnya dan melarikan diri dari penjaranya.

Anderson dan Wake adalah dua wira dalam dua perjalanan dalam dua realiti yang berasingan, dihubungkan dalam cara yang tidak dapat difahami oleh mereka berdua. Terperangkap dalam kisah seram yang hanya ada mangsa dan raksasa, bolehkah mereka menjadi wira yang mereka perlukan?

Kredit: Remedy Entertainment

Sorotan Umum

Kredit: Remedy Entertainment

Selesaikan Misteri Maut – Asalnya bermula sebagai penyiasatan pembunuhan di bandar kecil, ia pantas menjelma kepada mimpi ngeri. Temui sumber kegelapan ghaib dalam kisah seram psikologi yang penuh dengan tension dan kelainan yang tidak dijangka.

Alan Wake II memperkenalkan Saga Anderson – Seorang ejen FBI yang terkenal dengan reputasi untuk menyelesaikan kes yang mustahil, tiba untuk menyiasat pembunuhan di komuniti bandar kecil Bright Falls. Kes Anderson bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menemui kisah seram yang mula menjadi kenyataan di sekelilingnya.

Kredit: Remedy Entertainment

Main Sebagai Dua Watak – Alami cerita Alan Wake dan Saga Anderson dan lihat peristiwa berlaku dari perspektif yang berbeza. Beralih antara Anderson yang sibuk melakukan siasatan hidup atau mati untuk menyelesaikan kes dan sebagai Wake yang cuba secara terdesak untuk menulis semula realiti demi melarikan diri dari Dark Place.

Terokai Dua Dunia – Alami dua dunia yang indah lagi menakutkan, masing-masing dengan senarai wataknya yang menarik dan bahaya. Temui landskap indah Cauldron Lake di Pacific Northwest dan pekan indah Bright Falls and Watery. Sangat berbeza, pemain juga akan cuba melarikan diri dari pemandangan bandar yang mengerikan di Dark Place.

Bertahan Menggunakan Cahaya – Dengan sumber yang terhad, lawan musuh ghaib yang kuat dalam situasi pertempuran jarak dekat. Ia memerlukan lebih daripada senapang untuk terus hidup: cahaya ialah senjata muktamad dalam memerangi kegelapan dan akan menjadi perlindungan anda apabila musuh mengancam untuk menewaskan anda.

Kredit: Remedy Entertainment

Sekali lagi saya ingatkan, Alan Wake 2 rasmi keluar hari ini di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store! Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan Wake 2survival horror
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Restless Ridgeline – Dinosaur Mengamuk Di MTG The Lost Caverns of Ixalan

Next Post

Sword Art Online Last Recollection (PC) Review — Combat Menarik Ditemani Grafik Lapuk

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Sword Art Online Last Recollection (PC) Review — Combat Menarik Ditemani Grafik Lapuk

Sword Art Online Last Recollection (PC) Review -- Combat Menarik Ditemani Grafik Lapuk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd