Sword Art Online telah pun melepaskan sebuah game baharu iaitu Sword Art Online Last Recollection. Anda dibawa semula mengalami Alicization arc dengan sebuah penceritaan baharu. Ingin tahu best atau tidak game ini? Teruskan baca review kami ini!
Persembahan dan Jalan Cerita
Game anime sekarang sudah banyak yang mempunyai grafik yang cantik, tetapi untuk Game Sword Art Online Last Recollection ini, kami rasa seperti kembali ke tahun 2015. Bukan setakat itu sahaja, animasinya juga kelihatan kaku tidak kiralah semasa bermain mahupun cutscene.

Begitu juga dengan audionya, walaupun lakonan suara sangat bagus seperti anime, tidak semua cerita utama mempunyai suara. Hanya beberapa bahagian penting game sahaja yang mempunyai suara dan kebanyakan watak dalam Bab 2 yang berbunyi mengeluh apabila dialog muncul. memandangkan Bab 2 memerlukan watak meneroka sambil menyelesaikan puzzle dan melawan musuh, tidak peliklah mengapa tidak banyak dialog yang mempunyai suara.
Bercerita tentang dialog, game ini juga tidak dapat memaparkannya secara optimum. Kadang-kadang suara watak sudah habis tetapi dialog baru muncul separuh jalan. Nasib baik ini hanya untuk awal game. Selepas mendapat akses kepada tetapan, cepat-cepat kami mengubah kelajuan teks.

Untuk jalan cerita game pula, kami rasa ia biasa-biasa sahaja. Cuma agak bosan lebih-lebih lagi pacing ccerita itu sendiri tidak begitu baik. Senang cerita, anda akan lihat bagaimana kisah ini diceritakan melalui perspektif Kirito dan akan ada beberapa detik Kirito bermonolog.
Penerokaan
Dengan banyak game open-world dikeluarkan sejak bertahun-tahun yang lalu, terasa seronok untuk dapat meneroka tanpa sebarang sekatan di mana-mana kawasan. Cuma sayangnya SAO Last Recollection tidak mampu untuk memberikan pengalaman yang baik. Peta game tidak terasa lancar. Anda masih boleh undur tetapi ada beberapa kawasan yang anda perlu teleport untuk kembali semula.
Sepanjang game di peta berbeza, terdapat satu statue yang anda boleh jumpa untuk save game dan kembali ke skrin tajuk. Ia juga membolehkan anda untuk fast travel. Walaupun begitu, anda tidak bebas utnuk save game pada bila-bila masa. Anda kena mencari statue tersebut ataupun fast travel untuk save. Memang leceh habis.

Sejujurnya, tidak banyak benda yang pemain boleh buat daripada segi penerokaan. Anda hanya membuka bahagian lain peta dan mencari peti harta karun yang mengandungi peralatan baru. Anda boleh boleh menjumpai beberapa statue gergasi, di mana ada antaranya membolehkan anda main tutorial mekanik game ataupun memberikan skill Tactical Arts.
Memandangkan game ini tiada sistem upgrade senjata, anda tidak perlu untuk farm bahan tertentu. Agak menarik tetapi teringin juga untuk gunakan senjata yang berbeza sebagai Kirito.
Tentang quest pula, terdapat dua jenis quest yang tersedia, iaitu Main Quest dan Sub-quest, termasuklah Episode Quest dan Hunting Quest. Main Quest sudah tentu quest untuk cerita utama, jadi memang kena selesaikan. Subquest pula tidak begitu menyeronokkan, kerana anda hanya mencari item tertentu sambil mengalahkan musuh.

Episode Quest merupakan quest untuk watak tertentu. Ia membolehkan anda meluangkan masa bersama watak lain sebagai Kirito. Ia seperti visual novel, dan tiada ganjaran yang diberikan. Hunting Quest pula memerlukan pemain untuk memburu untuk mendapatkan ganjaran.
Secara keseluruhan, penerokaan untuk game ini agak linear. Tidak perlu pun untuk anda teroka lebih banyak untuk menikmati jalan cerita itama game. Melainkan anda ingin Tactical Arts tambahan, bolehlah terokai dunia game ini.
Combat yang menarik
Pertama kali main, combat-nya mungkin mengelirukan tetapi apabila sudah biasa, ia memang seronok. Terdapat banyak benda yang perlu dilakukan dalam combat dan walaupun kebanyakannya hanya menekan butang yang sama. Walaupun begitu, ia boleh melakukan banyak perkara berbeza.
Pertama sekali, anda mempunyai attack normal, tetapi jika anda mempunyai masa yang cukup, ia secara automatik menjadi chain untuk tiga skill berbeza. Anda boleh menetapkan bagaimana kombo skill itu berfungsi daripada segi skill mana yang secara automatik digunakan dan susunannya dalam menu.

Terdapat lapan skill berbeza yang boleh digunakan pada Skill Palette, dan setiap Sword Skill sudah tersedia untuk digunakan. Tetapi jujur, anda tidak akan mempunyai SP yang cukup untuk menggunakan kesemuanya. Anda juga boleh set Palette untuk guna Combat Skill seperti buff atau healing, Sacred Arts mempunyai elemen berbeza dan buff/devuff atau item untuk anda heal mahupun pulihkan SP.
Anda juga boleh chain Sword Skill menjadi kombo, ia dipanggil Skill Connect. Jika anda menggunakan dua pedang, melakukan Skill Connec akan meningkatkan gauge lain yang boleh anda lihat di bahagian bawah sebelah kiri, dan itu akan meningkatkan output damage.
Kemudian terdapat juga Tactical Arts Command yang membolehkan anda mengarah watak kawalan-AI lain untuk melakukan perkara seperti healing. Seperti Skill Palette, anda boleh menetapkan mana-mana Tactical Arts yang anda inginkan, tetapi perlu membukanya daripada statue yang terletak secara rawak di seluruh peta.

Tactical Arts menggunakan Ally Gauge yang boleh diisi semula dengan hanya bertarung, tetapi lebih pantas dengan mengelak. Apabila Ally Gauge penuh, anda boleh Ally Skill di mana ia menunjukkan animasi kesemua ahli parti melakukan serangan, memberikan damage besar kepada musuh.
Untuk musuh, ia sangat standard. Anda menyerang mereka, mereka menyerang anda semula. Kadang-kadang mereka mempunyai serangan AoE yang anda perlu mengelak atau tank, kadang-kadang mereka mati sebelum melakukan apa-apa. Tetapi untuk musuh yang mempunyai bar HP yang besar dan tebal, anda boleh pecahkan Break Gauge yang berada pada bawah bar HP untuk meningkatkan output damage.

Perkembangan watak
Sword Art Online Last Recollection ialah RPG, jadi anda boleh meningkatkan level watak anda, anda perlu mendapatkan Skill Point untuk menaik taraf/membuka kuncinya, dan anda boleh melaraskan tetapan skill anda. Tetapi terdapat juga beberapa perkara berbeza yang boleh dilakukan.
Hampir semua Sword Skill untuk setiap senjata tersedia. Apa yang anda perlu ialah enhance untuk jadikannya lebih baik. Selain itu, dengan upgrade Combat skill, anda boleh mendapatkan buff berbeza atau beberapa Passive Skill yang boleh menjadi sangat berguna. Tetapi perlu ingat, skill tree mempengaruhi SEMUA skill watak, jadi walaupun video menunjukkan kemahiran yang Kirito ada, kemahiran itu turut mempengaruhi watak lain.

Daripada segi equipment, tidak banyak yang boleh dilakukan kerana anda tidak boleh upgrade-nya, anda hanya perlu mencari equipment yang baru, dan melihat sama ada peralatan itu cukup baik untuk menggantikan peralatan semasa. Anda juga boleh membelinya melalui kedai, tetapi senjata itu biasa sahaja dan saya lebih suka mencarinya secara rawak di peta, kerana peralatan pada permulaannya agak bagus.
Berkenaan senjata pula, terdapat 12 senjata berbeza tetapi mempunyai 13 cabang berbeza. Walaupun tiada watak yang boleh menukar senjata mereka, Kirito boleh menggunakan kesemua senjata itu. Terdapat tiga style berbeza yang boleh digunakannya.
Sebagai contoh, Invisible yang berfungsi seperti Tank. Invisible memberikan anda bonus 20% DEF dan kecekapan pertahanan yang lebih baik serta mengurangkan damage yang anda terima. Terdapat Alliance yang seperti support, kemahiran buffing anda akan menjadi AoE. Kemudian terdapat Arms yang seperti DPS, anda mempunyai serangan dan kombo damage yang lebih tinggi.

Pengalaman yang tidak begitu lancar
Selain daripada kualiti grafik dan dialog yang kami nyatakan pada awal review, ada juga beberapa perkara lain yang membuatkan kami tidak begitu seronok bermain Sword Art Online Last Recollection.
Antaranya kawalan game. Bayangkan sudah agak lama bermain, baru kami tahu watak boleh diubah. Itu pun selepas kami sedar ada ikon kecil di sebelah headshot watak.
Seterusnya, prompt interaksi. Anda perlu berada pada posisi yang betul-betul tepat untuk prompt keluar. Jadi kalau anda berada jauh sedikit daripada NPC, memang anda tidak boleh bercakap dengan watak-watak lain.

Sembang peta pula, secara visualnya ia baik sahaja, sangat informatif tetapi anda tidak boleh menggunakan D-pad untuk gerakkan peta. Anda perlu menggunakan analog untuk gerakkannya. Agak pelik juga sebab anda boleh gunakan D-pad untuk navigasi pada Skill Tree.
Kesimpulan
Walaupun banyak yang kami tidak puas hati, tidak bermakna Sword Art Online Last Recollection sebuah game yang teruk. Loop gameplay cukup baik dan kami juga suka pada gameplay yang linear. Combat game antara sebab untuk anda cuba game ini. Ia tidak terlalu rumit untuk dikuasai tetapi memerlukan masa untuk biasakan diri. Sebaik sahaja anda sudah biasa, segala kombo dan komposisi menarik boleh anda hasilkan. Kalau anda sangat minat pada Sword Art Online, bolehlah anda cuba mainkannya!
Sword Art Online: Last Recollection tersedia di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk membaca review lain kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Sword Art Online Last Recollection
PROS
- Sistem combat yang menarik
- Cara progress watak yang unik
CONS
- UX yang tidak begitu mesra pemain
- Grafik yang lapuk dan animasi kaku
Discussion about this post