Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alami kisah paling menyayat hati di Ni No Kuni: Wrath of the White Witch Remastered Review!

Nikmati animasi terbaik dari Studio Ghibli dan muzik oleh komposer bertaraf dunia, Joe Hisaishi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Alami kisah paling menyayat hati di Ni No Kuni: Wrath of the White Witch Remastered Review!
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada pemain yang baru ingin mengenali Ni No Kuni untuk kali pertama, ia pertama sekali keluar pada tahun 2011 untuk PlayStation 3. Kini, JRPG menawan dari Level-5 ini telah di-remastered untuk PS4, PC, dan Nintendo Switch. Tidak ada quest atau feature baru, tetapi apabila sesuatu yang menarik dan mengagumkan seperti Ni No Kuni: Wrath of the White Witch disediakan untuk lebih banyak orang, semua perkara itu tidak diperlukan.

Dunia ajaib yang sama seperti kisah dongeng kanak-kanak!

Kamu bermain sebagai Oliver, seorang budak lelaki muda naif dari Motorville, yang mengalami tragedi pada awal jalan cerita. Ia adalah satu introduksi yang sangat hebat, dan dijadikan lebih menarik dengan penglibatan Studio Ghibli dalam bahagian anime yang kini kelihatan lebih baik setelah dipertingkatkan untuk keluaran PS4. Oliver tidak tahu apa yang harus dia lakukan sendiri, dan setelah menangis di dalam bilik tidur selama tiga hari, patung beruang yang diberi oleh ibunya tiba-tiba hidup. Rupanya mainan ini adalah dari dunia lain di mana Shadar yang jahat telah meremuk banyak hati di sana. Kini bantuan Oliver diperlukan untuk mengembalikan keamanan kepada dunia.

Walaupun kamu hanya bermain selama 20 minit, kamu pasti suka Mr. Drippy – seorang pari-pari yang agak sinis tetapi pasti disukai oleh peminat dengan ciri utama ialah tanglung yang digantung pada hidungnya. Watak-watak lain yang kamu akan bertemu yang juga pasti meninggalkan impak adalah pencuri yang dikenali sebagai Swain, dan Esther, anak perempuan kepada Great Sage.

Dunia Ni No Kuni sangat mempesona, dengan setiap kawasan baru diisi dengan NPC yang bujan hanya diletakka di sana untuk mengisi ruang. Ada yang mempunyai side quest manakala yang lain mempunyai maklumat yang boleh dikongsi dengan kamu. Warna-warna di dalam bandar menghidupkan suasana manakala hutan yang tenang masih kelihatan hebat. Ini semua dibuat untuk menarik kamu mengembara dalam dunia Oliver.

Sistem Pertempuran yang menggabungkan Pelbagai Gaya!

Saya tidak akan berleter panjang mengenai mekanik pertempuran di Ni No Kuni Remastered, tetapi jika kamu baru kepada game ini, ia akan mengambil sedikit masa untuk kamu memahami. Ia menggabungkan pelbagai gaya ke dalam pertempurannya, terutamanya siri Tales dengan pergerakan bebas, bersama dengan mekanik Pokemon yang boleh dilihat ketika kamu memilih untuk menghantar siapa bagi berjuang untuk anda. Kamu boleh menggunakan Oliver dalam pertempuran, tetapi di sepanjang jalan, kamu akan mengumpulkan makhluk yang dikenali sebagai Familiars, dan mereka boleh digunakan untuk berjuang bagi pihak kamu. Kamu juga akan unlock pelbagai sihir yang boleh digunakan dalam pertarungan semasa mengembara, dan watak-watak lain akan menyertai parti kamu satu-persatu.

Banyak sangat perkara untuk jatuh cinta di Ni No Kuni Remastered, seperti side quest unik yang tidak seperti misi tipikal “ambil ini dan kembalikan kepada saya” yang biasa kamu lihat dalam RPG lain. Misi side quest unik ini memberi tumpuan kepada individu-individu patah hati yang telah kehilangan sebahagian daripada hati mereka, dan hanya Oliver sahaja yang dapat memperbaiki mereka. Setelah menyelesaikan jumlah side quest tertentu, kamu akan menerima setem pada Merit Card yang akhirnya boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran karakter kamu.

Animasi bertaraf dunia oleh Studio Ghibli dan muzik yang digubah oleh komposer terkenal, Joe Hisaishi!

Dengan Studio Ghibli di belakang animasi permainan video ini, tidak pernah ada adegan yang lemah, dan jalan cerita dihebatkan lagi oleh beberapa cutscene yang menunjukkan mengapa ini antara studio animasi terbaik. Apabila kamu bermain Ni No Kuni yang asal dan melihat apa yang berubah, perkataan “remastered” tidak harus dipandang rendah. Gabungkan perkara ini dengan soundtrack memegunkan oleh komposer terkenal Jepun, Joe Hisaishi dan selebihnya sudah cukup sempurna. Ni No Kuni boleh sahaja dikeluarkan sebagai sebuah filem animasi, tetapi apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah usaha yang dilakukan oleh Level-5 untuk menjadikan gameplay-nya sama menarik seperti mana-mana JRPG terbaik di luar sana. Walaupun ia berkongsi beberapa persamaan dengan Dragon Quest, Pokemon, dan siri Tales, ia mampu berdiri di saing mereka sebagai JRPG terbaik sepanjang abad.

Kesimpulannya?

Ni No Kuni: Wrath of the White Witch Remastered memang lebih baik daripada sebelum ini, dan peningkatan pada visual jelas boleh dilihat. Ia adalah satu pengembaraan ajaib yang pasti ramai akan ikut dan penuh dengan pemandangan indah serta watak-watak menarik. Sama ada kamu baru hendak mula pengembaraan atau ingin mengalami permainan video ini sekali lagi, Remaster ini adalah peluang yang sempurna. Ni No Kuni: Wrath of the White Witch Remastered sudah keluar untuk pelantar PS4, PC, dan Switch, mari cuba sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FamiliarsJoe HisaishiJRPGlevel-5ni no kuniNi No Kuni: Wrath of the White WitchOliverremasteredStudio Ghibli
Previous Post

Tersenyumlah pemain Emulator lepas ini, Call of Duty Mobile nampaknya juga boleh dimain dalam platform ini!

Next Post

Siap sedia dengan GameStart 2019 yang akan menggegarkan Singapura minggu hadapan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Siap sedia dengan GameStart 2019 yang akan menggegarkan Singapura minggu hadapan!

Siap sedia dengan GameStart 2019 yang akan menggegarkan Singapura minggu hadapan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd