Seperti yang semua peminat tahu, Call of Duty: Mobile (COD Mobile) bakal hadir esok 1 Oktober 2019 ke platform telefon pintar anda!!! Lama sangat menanti berita ini, dan nampaknya berita ini bukan setakat membuat peminat permainan telefon pintar gembira, juga pada pemain Emulator yang juga boleh bergembira kerana COD Mobile telah tersedia laman web emulator rasmi bawah Tencent untuk anda!
Pada yang masih tidak tahu, Call of Duty: Mobile adalah permainan menembak percuma untuk orang pertama yang dibangunkan oleh Tencent Games. Ia mewarisi mod permainan, peta, senjata dan watak klasik dari siri Call of Duty PC dalam pengalaman tindakan orang pertama.
Iya, ini bukan tipu, pemain emulator boleh menyediakan PC, Keyboard dan Mouse anda untuk berperang di COD Mobile! Jadi anda boleh dapatkanya di GameLoop dan tersedia untuk anda memuat turunnya. Siapa pula Gameloop ini dan apa motif GameLoop ini sebenarnya? Ini selalu jadi tertanya-tanya oleh pemain dari telefon pintar untuk pengguna Emulator.
Ada sesetengah dari pengguna lebih selesa dengan permainan mobile tetapi ingin menampakkan lebih jelas dalam setiap segi ruangan termasuk grafik. Jadi GameLoop telah dirasmikan tahun ini yang khas untuk pengguna Android Emulator untuk bermain permainan mobile di PC. Berbanding dengan platform emulator permainan yang lain, GameLoop mengguna pakai enjin AOW yang inovatif untuk memastikan kelajuan pembukaan lebih pantas dan prestasi permainan yang lebih lancar. Penyesuaian COD Mobile yang mendalam dan eksklusif telah ditambahkan di Gameloop. Jadi pemain boleh menyesuaikan tetapan dan pemetaan utama mereka di Gameloop serta untuk mencapai pengalaman permainan yang lebih baik.
Platform GameLoop juga menghadirkan pelbagai lagi permainan mobile lain yang popular seperti PUBG Mobile, FreeFire, MLBB dan Arena of Valor. Jadi, mereka kali ini meluaskan sehingga COD Mobile untuk semua pengguna Emulator berpuas hati.
Buat masa sekarang ini, kami masih tidak tahu sama ada ianya akan berfungsi sama seperti PUBG Mobile dimana pemain Emulator hanya akan bertanding sesama mereka atau sebaliknya. Atau pemain mobile akan bergabung dengan Emulator, jika salah satu pemain merupakan emulator atau pemain mobile. Apapun kita tunggu kemaskini dari GameLoop dan juga Call of Duty: Mobile kelak.
Jadi jangan lupa dengan kehadiran Call of Duty: Mobile esok 1 Oktober 2019 yang akan hadir di platform Android dan iOS! Jangan lupa juga untuk terus melaari laman web rasmi COD Mobile untuk kemaskini lansung dari mereka.
Sumber: DSO Gaming
@gamersantaimy
Discussion about this post