Rasanya anda mesti ingat kami ada mengongsikan formasi evolusi terbaru WarGreymon & MetalGarurumon minggu lalu betul tak? Seperti yang semua tahu, Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna secara rasmi telah ditayangkan di Jepun Jumaat lalu dan yang terbaru, Toei Animation telah mengumumkan evolusi perubahan purba terbaru dari Digimon pratagonis utama iaitu Agumon dan Gabumon! Nak tahu mengenainya? Jom sambung baca lebih lanjut dibawah;
Agumon: Bond of Courage
Ikatan yang mendalam diantara Agumon dan pasanganya Taichi, ia merupakan evolusi legenda akhir yang dicapai setelah banyak kemungkinan tidak terhingga dengan gabungan mereka. “Keberanian” yang dipamerkan oleh Agumon dan Taichi berubah menjadi api panas yang meledak keluar dari seluruh badannya dan muncul sebagai bukti kepercayaan mereka yang mendalam. Dengan menghabiskan masa yang panjang bersama-sama, Agumon mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang manusia dan bentuk yang berkembang juga telah diambil pada bentuk yang hampir humanoid. Gerakan Khasnya adalah intensiti tinggi laser merah yang dipancarkan dari ujung cakar yang membakar musuh (Red Reamer), dengan menggunakan tombak pada ekornya sebagai senjata dan melontarkannya dengannya (Str-lash Salamander), dan mengubah api keberanian beralih ke pukulan tenaga ultra tinggi dan kemudian melepaskannya (Gaia Brave).
Gabumon: Bond of Friendship
Beralih pula pada pasangan pratagonis Digimon yang lagi satu iaitu Gabumon dan Yamato. Juga merupakan evolusi lagenda terakhir yang dicapai dengan “Persahabatan” mereka yang sebelum ini belum dikeluarkan sehingga kini. Setelah mencapainya, perisai elegan meliputi tubuh mereka da muncul yang sehingga menghasilkan sayap dibahagian belakang dengan cahaya dan juga boleh berubah menjadi mod Motosikal! Itu terjadi kerana motor merupakan kenderaan kegemaran Yamato. Serangan istimewa mereka adalah menghasilkan hujan besi dari bahagian Cowl di tanganya (Full Metal Machine Gun),juga memberikan serangan segera dari bahagian Cowl (Cool Edge). Selain itu tiada lagi kelewatan dengan pancaran laser kesemua arah (Moon Tense) dan (Red Luster) yang merupakan senjata pengesanan dilengkapi dengan AI tanpa mengira julatnya.
Walaupun kini hanya kedua pasangan ini mempunyai Evolusi Super Ultimate serbegini, tetapi sama ada mungkin satu hari nanti, pasangan Digimon ini akan ada lagi seperti Bond of Love, Bond of Honest atau Bond of Knowledge bedasarkan personaliti masing-masing?
Apa pendapat anda dengan Evolusi yang gempak ini? Jangan lupa tayangan DIGIMON Adventure: Last Evolution Kizuna 16 APRIL 2020 ini di pawagam Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post