Uchiha Sasuke merupakan salah seorang pratagonis utama dalam siri anime/manga yang terkenal iaitu Naruto. Seperti Uzumaki Naruto, Sasuke turut memegang watak yang penting didalam siri ini walaupun sering bergaduh dengan Naruto sejak awal siri. Tetapi, setelah lama berlatih dan belajar pelbagai teknik yang kuat, Sasuke mencapai kedewasaanya dan menjadi Shinobi seperti yang dimahukanya juga mendapat kekuatan yang luar biasa.
Walaubagaimana pun kekuatan Sasuke menjadi satu cabaran kepada musuh, ada beberapa watak pratagonis dan antagonis dalam siri ini menjadi pencabar atau lebih kuat berbandingnya. Ya ini bukanlah sesuatu kejutan, maka hari ini kami akan kongsikan siapakah diantara yang disebut seperti diatas lebih kuat atau cabaran yang lebih kental dari Sasuke! Jom usha siapakah mereka!
Hagoromo Ōtsutsuki
Hagoromo Ōtsutsuki yang merupakan kembar kepada Hamura Ōtsutsuki adalah lelaki yang terkenal sebagai Sage of Six Paths di dunia Naruto. Dia seorang tokoh legenda yang kembali dalam perdana beliau, bahkan dapat melawan Kaguya Ōtsutsuki iaitu ibunya tanpa banyak masalah. Setelah menewaskan ibunya, dia mendapat kuasa yang lebih besar dengan menjadi Jinchūriki dari Ten-tails.
Sekuat mana pun Sasuke, tiada cara baginya untuk menyamai Hagoromo didalam pertarungan apatah lagi menewaskanya. Dengan status God yang ada pada Hagaromo beserta kuasa Rinneganya dan menjadi yang pertama menguasai 5 kuasa elemental dengan transformasi semulajadi, dah tentu dia adalah lebih unggul dari Sasuke!
Kaguya Ōtsutsuki
Puteri Kaguya Ōtsutsuki boleh dikatakan watak yang terkuat di dunia Naruto. Merupakan ibu kepada Hagoromo dan Hamura Ōtsutsuki, dia seperti leluhur kepada Chakra. Tahap kemahiran sedemikian membuat ramai yang tidak dapat menewaskanya.
Itu termasuk Sasuke dan Naruto! Kalau hanya berlawan bersendirian, memang sukar sekali menewaskanya dan tiada kesudahan! Chakranya, kehebatan fizikal dan teknik, di antara banyak pekara lain sememangnya Sasuke jauh dari kekuatanya. Mungkin dalam satu masa yang akan datang itupun jika kekuatan Sasuke akan setaraf dengan Kaguya. Mungkin mustahil sama sekali.
JIGEN
Jigen merupakan ketua Kara dan vessel untuk klan Oksutsuko dikenali sebagai Isshiki Otsutsuki yang bekerjasama dengan Kaguya ketika zaman dahulu semasa datang kebumi. Jigen walaupun tertahan dengan batasan dari tubuhnya, dia tersangatlah kuat ketika menentang Sasuke dan Naruto.
Dan kini anak angkatnya Kawaki yang akan menjadi pewarisnya. Jadi kesinambunganya masih dinantikan. Jigen terbukti cukup kuat untuk menewaskan kedua-dua mereka sekaligus dan menang tanpa menerima kecederaan tunggal. Tidak kira betapa kuatnya Sasuke, tidak mungkin baginya untuk menewaskan Jigen sesuka hati secara bersendirian. Nak mencapai tahap itu, Sasuke mestilah lebihkan berlatih.
Jika dibandingkan hanya pada Sasuke, Momoshiki ternyata lebih kuat dan musuh yang tidak dapat dikalahkan oleh Sasuke melainkan dia lebih kuat daripadanya yang sekarang. Walaupun senjata Jutsu Sasuke sangat berviarasi, kebanyakannya tidak berguna pun terhadap Momoshiki kerana dia boleh menyerap ninjutsu seperti Kaguya Ōtsutsuki.
Siri ke siri Naruto sentiasa bersama Sasuke dari gaduh dan kini seorang sahabat baik padanya, Naruto telah menjadi Hokage ke-7 di Konohagakure. Naruto dan Sasuke banyak menewaskan antagonis dalam siri-siri Naruto bersama, sehingga semua peminat setia yang nampak mereka berdua mempunyai kuasa yang sama kuat.
Walaubagaimanapun kuatnya Sasuke, sebenarnya Naruto lebih berpeluang untuk menang menewaskan Sasuke kerana Naruto mempunyai kuasa Chakra yang lebih lama dimana ianya nyata berbeza diantara kedua mereka. Sasuke senang keletihan jika terlebih guna Rinnegan seperti yang selalu nampak didalam siri anime kegemaran ini.
Okay sampai disini sahaja perkongsian kali ini! Lain kali kami kongsikan pratagonis lain dalam Naruto pula ye!
@gamersantaimy
Discussion about this post