Bagi yang belum tahu, Vivo NEX 3 adalah versi akhir Vivo Apex 2019 yang didedahkan tanpa kamera, butang, atau port yang biasa dilihat pada smartphone. Segalanya ialah skrin di bahagian depan dan hanya kamera di bahagian belakang. Vivo NEX 3 muncul dengan reka bentuk licin yang berterusan hingga belakang, dan paparan “waterfall” yang menarik. Kesemuanya digabungkan untuk memberi pengalaman tontonan yang imersif pada smartphone.
Vivo telah meneroka pelbagai idea radikal dengan harapan untuk mewujudkan telefon pintar yang tiada bezel, lantas memaksimumkan paparan. Siri NEX sentiasa mengikuti konsep Apex terkini tetapi menjadikannya lebih realistik dan juga mampu milik pada masa yang sama. NEX 3 adalah usaha Vivo yang paling canggih buat masa ini, yang mengambil beberapa pilihan reka bentuk berani dan cuba untuk menggabungkannya dengan spesifikasi bertaraf tinggi untuk memberikan kita sedikit rasa dari masa depan.
Reka Bentuk Lain daripada Lain dengan Hanya 100% Skrin Sahaja!
Ia adalah telefon yang sangat berbeza untuk memegang, kerana tiada “sisi” di smartphone ini; hanya depan yang luas dan belakang melengkung yang membuat smartphone ini mudah dipegang. Ini adalah salah satu smartphone paling teguh kami pernah sentuh kerana ia rasa kukuh dan kuat tanpa membuatkan tidak selesa.
Belakang NEX 3 kami yang berwarna hitam “Glowing Night” agak minimalistik, dengan kaca berwarna gelap manakala bentuk kamera menyerupai jam dinding dan mempunyai tiga kamera diletakkan di dalam bentuk segitiga.
Seperti yang saya sebut di atas, Vivo NEX 3 telah membuang butang kuasa dan volume dan menggantikannya dengan zon yang sensitif kepada sentuhan di sepanjang tepi kanan, serta disokong oleh maklum balas haptik yang realistik. Dipanggil Touch Sense, “butang” ini ditandakan dengan isyarat visual, dan butang kuasa mendapat tekstur yang kasar untuk perbezaan fizikal.
Bahagian atas mempunyai kamera pop-up yang lebih luas, ditemani dengan butang kuasa kedua dan headphone jack. Headphone jack boleh mengeluarkan audio Hi-Fi dan merupakan tambahan yang dialu-alukan.
Kamera pop-up dan paparan melengkung sering dikaitkan dengan isu mudah pecah tetapi bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati, kes yang disertakan akan menenangkan fikiran anda. Ia adalah kes paling baik pernah saya lihat. Ia menjadikan Nex 3 semakin padat tetapi memberi sentuhan mewah dan cengkaman yang lebih kuat.
Paparan “Waterfall” 6.89 Inci! Pandang Skrin Sahaja!
Aspek reka bentuk yang paling ketara NEX 3 adalah paparan “Waterfall” yang baru. Ia adalah paparan AMOLED selebar 6.89 inci yang melengkung dengan 88 darjah di sisi, lantas menjadikannya skrin paling melengkung pada telefon pintar sekarang. Lengkung tersebut membantu mencapai nisbah screen-to-body sebanyak 99.6%! Semasa menonton video atau bermain permainan, mustahil untuk melihat bahagian bezel. Ia menjadikan pengalaman keseluruhan sangat imersif.
Lengkung ini juga membantu apabila menaip, kerana ibu jari kami menggunakan jarak yang lebih pendek di kanvas yang lebih besar. Ini meningkatkan kelajuan dan ketepatan pengguna semasa menaip. 16 juta warna di paparan juga membantu NEX 3 mendapat keupayaan HDR10. Ia membantu menghasilkan warna terang, kontras yang tinggi, dan semuanya seragam dengan sempurna.
Terdapat juga beberapa kesan khas yang berlaku ketika notifikasi atau panggilan datang. Ia juga boleh dikonfigurasikan untuk bersinar sebagai equalizer canggih semasa bermain muzik.
Prestasi Keseluruhan dan Gaming sampai Muntah!
Seperti flagship terkini, Vivo NEX 3 dikuasakan oleh chipset octa-core Snapdragon 855+. Unit kami mempunyai 8GB RAM. Siap ada UFS 3.0 storage juga, yang membuat Nex 3 buka aplikasi dan memindahkan fail dengan lebih cepat.
Vivo juga memasang telefon ini dengan sejenis vapour chamber yang bantu menjaga termal dan mengekalkan prestasi. Dalam ujian kami, kami mencuba CoD Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, dan PUBG Mobile. Semuanya diuji pada tetapan tinggi, dan NEX 3 jarang menjadi panas serta tiada sebarang lag. Selamat untuk kata bahawa ini adalah pengalaman yang paling halus di peranti Android dengan paparan 60Hz. Segala-galanya responsif dan pantas untuk dibuka, permainan video dilancarkan dengan pantas dan tempoh loading pun singkat. Memang tiada aduan di sini.
Spesifikasi di dalam hanya sebahagian daripada pengalaman permainan, dengan paparan dan audio melengkapkannya. Selain itu, paparan besar juga sangat membantu dalam gaming. Sama seperti ketika kita menaip, reka bentuknya yang melengkung membuat jarak antara skrin makin pendek, lantas meningkatkan kelajuan dan ketepatan. Video kami mencuba COD Mobile boleh ditonton di bawah:
Tanpa disangkal, connectivity sangat solid, dengan NFC dan Bluetooth 5.0, ditambah dengan 5G yang dinyatakan di atas jika anda memilih model itu. Terdapat enam antena di seluruh telefon untuk membantu meningkatkan sambungan 5G, yang menggunakan spektrum Sub-6GHz – jenis yang paling biasa di Asia dan Eropah.
Vivo Masih Memberi Keutamaan kepada Kamera Mereka!
Satu lagi aspek menarik tentang Vivo NEX 3 ialah barisan kameranya. Diletakkan dalam bulatan yang dikelilingi oleh “cincin lunar” ikonik Vivo adalah tiga kamera di tiga jarak fokus yang berbeza. Terdapat sensor utama 64MP dengan aperture f/1.7, ditambah dengan ultra-wide 13MP dan telephoto 13MP.
Kamera 64MP menggunakan sensor imej ISOCELL Bright GW1 baru yang mempunyai sensor 1/1.7 inci dan saiz piksel 0.8μm. Ia menggunakan piksel binning untuk menggabungkan empat piksel bagi membentukkan “superpixel” yang menghasilkan imej 16MP dengan saiz piksel 1.6μm untuk prestasi yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan yang berlainan.
Selfies menggunakan oleh 16MP yang muncul secara “pop-up” di atas. Modul ini juga termasuk front-facing flash untuk gambar dan panggilan video dalam keadaan cahaya rendah. Berikut adalah beberapa contoh imej:
Bateri dan Pengecas Laju yang Membuat Peranti Anda Sentiasa Bertenaga!
Dikuasakan oleh bateri 4,500 mAh, NEX 3 menyediakan salah satu bateri terbaik yang telah kami uji. FunTouch OS sentiasa hebat dalam kecekapan dan ia berjaya buktikan sekali lagi. Pada hari-hari dengan penggunaan melampau yang melibatkan saya bermain CoD Mobile selama 3 jam, bersama dengan panggilan kepada makwe, menggunakan media sosial, menonton video di YouTube dan mengambil gambar suasana, NEX 3 masih mampu bertahan sepanjang hari. Pengguna yang sederhana boleh menjangkakan hampir dua hari dengan satu kali cas sahaja.
Unit kami datang dengan FlashCharger 22.5W yang akan mengambil smartphone ini dari kosong hingga lebih dari 60% dalam masa 30 minit, dan penuh dalam kira-kira hampir satu jam. Hampir sama seperti mekanisme pengecasan tinggi yang lain di pasaran.
Kesimpulannya?
Hanya ada satu cara sahaja untuk melihat Vivo NEX 3, dan ia berdasarkan betapa awal anda ingin menyesuaikan diri kepada teknologi. Sama ada anda menyukai pilihan reka bentuk beraninya yang orang lain di pasaran masih belum miliki atau jadi orang yang pertama untuk mempunyai smartphone 5G Vivo, Vivo NEX 3 adalah peranti yang terbaik untuk anda.
Vivo Nex 3 merupakan peranti pertama di dalam syarikat yang menggunakan 5G sebagai sebahagian daripada barisan Nex, dan ia akan semakin maju, dengan ciri-ciri utama yang menarik dari paparan hingga kamera, bersama dengan pilihan reka bentuk unik seperti membuang butang fizikal (hampir) sepenuhnya.
Vivo NEX 3 5G boleh didapati di Malaysia untuk pra-pesanan bermula dari 15 Oktober hingga 18 Oktober, pada harga bernilai RM 3,899. Anda boleh membuat pra-pesanan untuk telefon pintar 5G ini di kedai konsep vivo terpilih, pengedar rasmi, rakan kolaborasi, dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, vivo Store. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook Vivo atau laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post