Secara rasmi, siri vivo X50 iaitu X50 dan X50 Pro telah diperkenalkan dalam Pelancaran Media Eksklusif berlansung di Hotel Sheraton, PJ sebentar tadi. Vivo telah mereka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna dengan menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih.
Dengan penstabilan canggih, mod malam, ciri zoom dan teknologi potret, siri X50 ini membolehkan pengguna untuk menangkap gambar dan video dengan stabil dan berkualiti tinggi tidak kira bagaimana pun senario anda untuk menghasilkan karya yang luar biasa. Reka bentuknya turut menampilkan ciri semula jadi dan esteteik futuristik yang bertujuan untuk lengkapkan gaya hidup aktif pengguna.
Siri X50 adalah peranti pintar fotografi profesianal pertama yang membolehkan pengguna merakam dan mengongsikan detik manis kehidupan mereka secara mudah; Dengan keupayaan imej yang stabul, lensa dan sensor luar biasa juga sistem keseluruhan kamera yang canggih, X50 membolehkan pengguna mengabadikan kidah hidup dengan kualiti gambar yang profesional”
-Encik Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia
Dengan pengembangan 5G dan ketersediaanya yang akan tiba di Malaysia, lebih ramai pengguna dapat menikmati faedah 5G yang termasuk kelajuan, kependaman yang rendah dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas.
Fotografi mudah alih diberi definisi terbaru!
Siri X50 mengntergrasikan teknologi fotografi profesional. Bagi mengurangkan gegaran, kamera utama X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka di industri yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video yang jelas walaupun tengah bergerak bahkan pada waktu malam.
Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberi kestabilan yang meningkat untuk kamera utama. Sisem yang turut diperluaskan ini mempunyai sudut putaran dan kawasan anti-goncang. Gimbal Radar, bola animasi pada skrin mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Algoritma motion-deblur vivo, sesor khas dan penjejak fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video.
X50 mempunyai penyediaan kamera serbaguna dengan kamera depan 32MP dan empat kamera belakang (48MP Utama. 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Potrait dan 8MP 5x Telescopic). Lensa Telescopic 5x X50 Pro juga menyokong 60x Hyper Zoom dengan hasil yang menakjubkan! Selain itu turut terdapat Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan pada waktu malam, sementara fungsi 120° Super Wide-Angle (108° setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti dalam pelbagai senario. Manakala mod Potret dikuasakan algoritma penyembunyian 4 lapisan dan mendapatkan hasil blurry dibelakang.
Prestasi dan Reka Bentuk yang anggun!
X50 turut memberikan prestasi yang unggul! Selain penyambungan 5G, X50 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, memberi kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Refresh rate skrin sehingga 90Hz, menampilkan gambar, filem dan game yang anda main sangat jelas dan tidak kabur!
Reka bentuk X50 dibina dengan skrin fleksible yang lansing, lebih ringan dan lebih tahan lama dari yang lalu dan merupakan salah satu telefon pintar 5G paling tipis pernah ada. Teknologi HDR 10+ memberikan paparan yang terang dan AG Matte Glass yang memberikan sentuhan lembut dan halus.
Siri vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Julai 2020 ini melalui Live Stream di Facebook rasmi vivo Malaysia beserta harga juga akan dinyatakan ketika pelancaran tersebut. vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black manakala X50 Pro dalam Alpha Grey.
vivo TWS Earphone Neo Melengkapkan siri X50 dengan Audio yang memukau!
Selain itu, TWS Earphone Neo turut dilancarkan dengan pengalaman audio berkualti tinggi yang akan memenuhi keperluan seharian. TWS Earphone Neo wireless mempunyai ciri khas Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat serta bio-fiber composite diaphragm untuk tingkatkan perincian audio. Ianya juga menampilkn Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar untuk diaktifkan.
TWS Earphone Neo disokong TWS Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi dan pengalaman mendengar yang stabil serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m. Harga TWS Earphone Neo adalah RM359.00 dan kini boleh didapati di platform online seperti Lazada, Shopee dan vivo Store. 2 pilihan warna menanti anda iaitu Starry Blue dan Moonlight White.
Jadi jangan lupa kunci tarikh anda 21 Julai ini untuk pelancaran rasmi siri vivo X50!
@gamersantaimy
Discussion about this post