Acer Malaysia telah mengumumkan siri Acer Swift Go 14 yang dilengkapi dengan grafik Intel ARC yang menawarkan pengalaman yang dipertingkatkan.
Sebagai laptop yang disahkan Intel Evo, Swift Go 14 ini dilengkapi dengan Intel Core Ultra 9 dan kad grafik Intel ARC untuk pengalaman premium serta hayat baterinya yang mampu mencapai sehingga 12.5 jam. Selain itu, terdapat juga Intel Unison 2.0 yang membolehkan interaksi lancar merentasi pelbagai peranti. Pengguna juga boleh extend serta menduplikasi paparan laptop ke tablet serta boleh mengawal tablet yang dipautkan daripada laptop itu sendiri.

Swift Go 14 meningkatkan pengalaman pengguna serta kreativiti melalui ciri AI. Pengguna boleh mengakses Copilot dengan mudah menekan butang Copilot pada laptop yang membolehkan mereka memanfaatkan AI untuk mengoptimumkan produktiviti semasa bekerja, mencipta dan gaming pada peranti.
AcerSense Key pula tersedia untuk mengurus dan menoptimumkan prestasi sistem sambil turut berfungsi untuk mengakses set ciri yang dipertingkatkan AI seperti:
- Acer LiveArt: Memadam latar belakang daripada imej untuk penyuntingan mudah serta menghasilkan sticker.
- Acer AlterView: Wallpaper dengan efek dynamic parallax menggunakan depth map yang dijana AI pada imej 2D.

Sebagai tambahan, ciri Acer PurifiedView AI memaparkan video dengan lebih baik seperti Background Blur, Automatic Framing dan Eye Contact. Kamera 1440p hadir dengan shutter tersendiri. Diganding dengan PurifiedVoice 2.0 menggunakan tiga mikrofon untuk menangkap audio yang jelas dan terang, ia membolehkan pengurangan noise yang dipertingkatkan AI untuk pengalaman audio yang lebih tajam. Engsel 180° boleh dipanjangkan sepenuhnya yang boleh dikendalikan dengan hanya satu tangan membolehkan pengguna berkongsi skrin mereka dengan mudah.

Dilengkapi dengan paparan 14-inci dengan pilihan panel WUXGA IPS berbilang sentuhan atau panel OLED WQXGA+ yang kaya warna, Swift Go 14 yang diperbaharui menampilkan kecerahan puncak 500-nit, julat warna DCI-P3 100% dan DisplayHDRTM True Black 500 pensijilan. Touch pad juga 44% lebih besar serta disesuaikan dengan sempurna untuk pengguna. Semua ciri mesra pengguna ini terkandung dalam casis aluminium nipis 14.9 mm yang licin dengan berat keseluruhan 1.32 kg.
Laptop ini juga tersedia dengan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD dan RAM sehingga 32GB onboard LPDDR5X. Ia turut mempunyai port baru seperti dual USB Type-C port dengan Thunderbolt 4, USB Type-A port dengan pengecasan offline, HDMI 2.1 dan pembaca kad microSD. Swift Go 14 juga mempunyai Bluetooth LE Audio untuk audio wayarles dan Intel Wi-Fi 7 untuk menyampaikan kelajuan Internet sehingga 2.4x lebih pantas berbanding Wi-Fi 6E.

Anda boleh dapatkan Acer Swift Go 14 melalui kedai rasmi Acer di seluruh negara dengan tanda harga bermula RM 3,899. Sempena pelancarannya, sehingga 28 April 2024, pelanggan yang membeli laptop ini di Acer eStore, Shopee, Lazada dan kedai konsep Acer akan menerima diskaun RM 200 dan mouse wayarles Acer Porsche Design yang bernilai RM 399.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post