ASUS Malaysia mengumumkan barisan siri ASUS Vivobook S yang terbaharu untuk tahun 2024. Laptop ini menampilkan paparan ASUS Lumina OLED yang didorong oleh pemproses Intel Core Ultra terkini yang didayakan AI dan menawarkan prestasi luar biasa. Barisan laptop baru tersebut adalah ASUS Vivobook S 14 OLED (S5406) 14-inci dan ASUS Vivobook S16 OLED (S5606) 16-inci.
Laptop ASUS Vivobook yang diperakui Intel Evo yang anggun, berkuasa dan ringan ini menawarkan pengalaman terbaik bagi mereka yang mencari produktiviti semasa dalam perjalanan dan hiburan segera, dengan pilihan warna moden dan estetika premium dengan reka bentuk semua logam, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mobiliti dan prestasi yang seimbang.

ASUS Vivobook S 14 / S 16 OLED dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra, dengan sehingga 50-watt TDP dan Unit Pemprosesan Neural (NPU) terbina dalam yang menyediakan kecekapan kuasa untuk aplikasi AI moden. Selain itu, ASUS Vivobook S semuanya mempunyai Copilot key yang membolehkan anda menyelam dengan mudah ke dalam alatan berkuasa Windows 11 AI. Visual pula dipaparkan oleh paparan ASUS Lumina OLED dengan resolusi sehingga 3.2K (S5606) bersama-sama dengan refresh rate 120 Hz, gamut DCI-P3 100% dan pensijilan DisplayHDR True Black 600.
Keyboard ASUS ErgoSense yang bergaya dan selesa kini menampilkan backlight RGB single-zone yang boleh disesuaikan, dan terdapat touchpad ErgoSense yang lebih besar. Seperti model Vivobook yang lain, terdapat engsel rata 180°, kamera IR dengan penutup fizikal, port I/O lengkap dan audio Dolby Atmos yang mengasyikkan daripada Harman Kardon.

Nipis, ringan dan berkuasa
Laptop ASUS Vivobook S yang baharu adalah lebih nipis dan ringan berbanding sebelum ini, dengan casis semua logam yang bergaya yang bermula pada hanya 1.39 cm nipis dan seberat 1.3 kg .Ia juga memberikan prestasi tanpa kompromi dengan pemproses Intel Core Ultra 7 terkini, grafik Intel Arc, sehingga 32 GB RAM LPDDR5X 7467 GHz dan 1 TB 4.0 SSD PCIe yang pantas. Sistem penyejukan ASUS IceCool menggunakan dua paip haba yang dipertingkatkan, dua kipas IceBlade 97 bilah dan dua lubang udara, membantu laptop mencapai TDP maksimum 50 W.

Pemproses Intel Core Ultra menampilkan Unit Pemprosesan Neural (NPU) bersepadu pertama Intel, yang membolehkan pengalaman PC berkuasa rendah dan berkualiti tinggi. Ia sesuai untuk mengalihkan beban kerja daripada CPU, memberikan kualiti dan kecekapan yang lebih baik, atau untuk tugasan yang biasanya bergantung pada pengkomputeran awan. NPU menyampaikan pengkomputeran AI low-latency yang boleh membantu memastikan privasi data dan keberkesanan kos.
Laptop ini juga memaparkan ASUS Memory Allocation Management yang membolehkan pengguna untuk sesuaikan kapasiti memori kepada iGPU, yang meningkatkan prestasi permainan, penciptaan dan aplikasi AI.
Visual seperti benar
Siri ASUS Vivobook S dilengkapi dengan paparan ASUS Lumina OLED yang menampilkan reka bentuk NanoEdge tiga sisi bezel tipis untuk pengalaman visual yang paling mengasyikkan. Kedua-dua ASUS Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED mempunyai paparan 16:10 yang menakjubkan, dengan ASUS Vivobook S 14 OLED (S5406) menampilkan panel OLED WUXGA (1920 x 1200), manakala ASUS Vivobook S 16 OLED (S5606) dengan paparan OLED 3.2K (3200 x 2000) 120Hz. Kedua-dua paparan ini menawarkan gamut warna 100% DCI-P3 gred pawagam, membawa sehingga pensijilan VESA DisplayHDR True Black 600, dan diiktiraf untuk ciri penjagaan mata mereka oleh TÜV Rheinland.

Bawa vibe tersendiri
Pengguna boleh mempamerkan keperibadian mereka pada ASUS Vivobook S dengan keyboard ASUS ErgoSense single-zone RGB-backlit. Ia turut didatangkan dengan Windows Dynamic Lighting untuk pengguna menyesuaikan warna dan kesan pencahayaan dengan mudah dalam tetapan Windows.
Keyboard bersaiz penuh mempunyai key pitch 19.05 mm, keycap dish 0.2 mm yang selesa, dan key travel 1.7 mm yang dilanjutkan untuk pengalaman input yang tiada tandingan. Ia juga sangat senyap. Touchpad ErgoSense yang diperbesarkan membantu menyampaikan aliran kerja yang lebih baik serta memastikan setiap interaksi adalah tepat dan lancar.

Pengalaman pengguna yang tiada tandingan
ASUS Vivobook S mempunyai kunci Copilot pada keyboard yang direka untuk pengaktifan segera, membolehkan pengguna mengakses aplikasi berkuasa AI Windows 11 dengan mudah dengan sekali tekan.
Untuk menyambungkan paparan luar, mouse, keyboard, speaker, headset atau lain-lain, terdapat dua port Thunderbolt 4, dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI 2.1 (TMDS), MicroSD pembaca kad dan audio jack 3.5 mm. Engsel rata 180° memudahkan pengguna untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dan rakan.
Panggilan video menjadi lebih produktif dengan kamera inovatif ASUS AiSense yang memastikan pengguna sentiasa kelihatan terbaik, dan teknologi pembatalan noise untuk mikrofon dan audio. Sistemspeaker yang diperakui Harman Kardon menyampaikan audio berbilang dimensi Dolby Atmos yang hebat untuk hiburan.

Logo baharu yang diperhalusi menunjukkan intipati kesederhanaan dan gaya. Anda boleh dapatkan laptop ini dalam dua warna iaitu Neutral Black dan Mist Blue. Ia juga mempunyai ketahanan MIL-STD 810H gred tentera.
Ketersediaan & harga
ASUS Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED akan tersedia bermula 29 April 2024. Harga ASUS Vivobook S 14 OLED bermula pada RM 4,399 manakala ASUS Vivobook S 14 OLED pula bermula dengan tanda harga RM 4,699.
Terdapat kempen early bird di mana pelanggan yang membeli Vivobook S akan menerima SONY SRS-XB100 Portable Wireless Speaker yang bernilai RM 259. Pelanggan boleh menghantar review melalui ASUS Your Voice Mattlers Program untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran seperti ASUS Premium Care serta baucar Shopee.

Kalau anda ingin mendapatkan model Vivobook S 16 OLED yang mempunyai spesifikasi yang memaparkan RAM 16 GB LPDDR5X dan storan 1 TB pada tahun ini.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk ASUS daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post