Seiring dengan acara Predator Launch 2022 di Sunway Pyramid, Acer telah mengumumkan laptop baharu iaitu Predator Helios 300 dan Acer nitro 5. Mereka juga mengumumkan pelbagai produk baru termasuk laptop, desktop, monitor dan projektor LED gaming semasa acara tersebut dijalankan.
Dalam acara tersebut, Acer bukan sahaja memperkenalkan peranti baharu tetapi mereka menawarkan jualan kilat, promosi dan aktiviti menarik. Acara ini berlangsung bermula 29 Jun 2022 pada jam 2.30 petang sehingga 10 malam dan akan berterusan sehingga 3 Julai 2022. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok versi baharu bagi kedua-dua laptop.
Predator Helios 300
Kali ini, Predator Helios didatangkan dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-12 dan digabungkan dengan kad grafik
NVIDIA GeFroce RTX3080 yang menyokong Maximum Graphics Power (MGP) tinggi sehingga 150W. Rekaan chassis yang lebih kemas serta bar lampu yang nipis di bawah palm rest melonjakkan estetika komputer riba menjadi dengan lebih kemas.
Dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 80%, Predator Helios 300 mempunyai paparan QHD 15.6 inci yang menyokong gamut warna DCI-P3 100% bertujuan untuk menambah baik kualiti gameplay. Refresh rate 165Hz dan masa tindak balas overdrive 3ms menawarkan visual yang lebih lancar dalam adegan gameplay yang bergerak pantas.
Dilengkapi dengan SSD sehingga 2TB dan DDR5 sehingga 32GB 4800MHz, ia menawarkan kapasiti lebih besar dan membolehkan tindak balas lebih pantas berbanding edisi terdahulu.
Butang PredatorSense yang unik membolehkan gamer memantau dan mengawal kelajuan kipas manakala kekunci turbo memaksimumkan prestasi peranti dengan sekelip mata. Para gamer juga boleh menunjukkan kemahiran dalam saat-saat getir tanpa kegusaran, dengan dwikipas AeroBlade 3D Generasi ke-5 bersama pelincir thermal logam cair yang menstabilkan dan menyejukkan Predator Helios 300.
Dibawah keyboard bercahaya mini-LED RGB, terdapat sambungan WiFi 6E dan Killer DoubleShot Pro (E2600+1675i) untuk capaian internet yang pantas dengan mengutamakan trafik rangkaian para gamer. Pembelian disertakan dengan waranti kedai dua tahun dan kerosakan tidak sengaja atau perlindungan kecurian, Predator Helios 300 telah mula dijual pada harga RM7,999 di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta rakan kongsi sah Predator.
Acer Nitro 5
Dengan chassis yang dinaiktaraf, Acer Nitro 5 ada segalanya yang diperlukan gamer untuk meneroka game-game baharu. Dikuasakan oleh Intel Core i7 Generasi ke-12 dan NVIDIA GeForce RTX 3070Ti, Acer Nitro 5 dilengkapi dengan 32 GB DDR4 RAM dan 1TB SSD dengan tambahan slot 2.5” SATA, membolehkan gamer menguruskan beberapa aplikasi sekali gus.
Terdapat dua pilihan ditawarkan iaitu paparan IPS 165Hz QHD dan paparan IPS 144Hz FHD yang menyokong 100% DCI-P3 dan gamut warna 45% NTSC. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan dwikipas dengan ruang udara daripada bahagian atas dan bawah chassis, serta empat exhaust ports.
Prestasi produk ditambah baik dengan perisian Nitro Sense, yang membolehkan gamer memantau dan mengoptimumkan sistem, overclock CPU atau GPU dan pencahayaan keyboard 4-zone RGB yang boleh diubahsuai. Model Nitro 5 terpilih dengan Maximum Graphics Power (MGP) tertinggi.
Nitro 5 juga dilengkapi dengan Killer DoubleShot Pro (E2600+1675i) dan WiFi 6E bagi mengutamakan rangkaian internet untuk tujuan gaming dan sambungan yang lebih laju. Peranti ini akan disertakan bersama waranti tempatan selama 2 tahun dan waranti perjalanan antarabangsa pada tahun pertama.
Acer Nitro 5 menawarkan pakej menarik dengan harga runcit bermula RM4,399. Ia tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada.
Bagi meraikan pelancaran Predator Helios 300 dan Nitro 5, pelanggan yang membeli komputer riba daripada stor rasmi Acer dan semua rakan kongsi rasmi sebelum 14 Julai layak menerima barangan Acer bernilai sehingga RM833. Pelanggan yang membeli Predator Helios 300 dan Nitro 5 di Roadshow ‘It Lies Within’ juga akan menerima pulangan tunai sehingga RM150.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post