Acer Malaysia telah memperkenalkan 3 monitor gaming bersaiz antara 32 ke 42.5 inci dan projektor gaming Predator yang membolehkan para gamer berkongsi keseronokan pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan selain menikmati paparan yang lebih besar. Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya!
Projektor Gaming Predator GD711
Predator GD711 merupakan projektor permainan LED 4K pintar yang boleh digunakan dengan peranti konsol dan PC. Pengguna boleh memilih antara mod standard yang menawarkan resolusi 4K (3840 x 2160) untuk menikmati filem dan video dengan perincian jelas, atau dua mod permainan untuk adegan terang dan gelap yang masing-masing menambahbaik tahap gelap dan tahap kontras. Ia membolehkan pengguna mengoptimumkan tetapan untuk estetika permainan.
Sesuai dengan jenama Predator, GD711 ialah projektor permainan premium yang melancarkan pengalaman permainan, dengan kadar segar semula 240Hz dan 120Hz yang pantas untuk PC dan konsol dalam FHD. Menampilkan 125% gamut warna lebar Rec 709, Predator GD711 meliputi ruang warna dalam gamut untuk menawarkan tahap saturasi warna yang mengagumkan. 4,000 lumen LE dan HDR10 memastikan pandangan kandungan lebih terang dengan kontras dinamik yang tinggi.
Menyokong unjuran paparan projektor sehingga 300 inci, Predator GD711 boleh memancarkan pelbagai saiz ujuran paparan dengan nisbah 1.22. Acer mencadangkan paparan 100-inci daripada jarak pancaran 2.7m. Ia juga didatangkan dengan pembesar suara 10W dan alat kawalan jauh yang mempunyai lapisan antibakteria.
Aliran udara meresapkan haba, memanjangkan jangka hayat sehingga 30,000 jam. Tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee and Lazada selain rakan kongsi Acer yang sah, Predator GD711 dijual pada harga RM4,999. Pelanggan yang membeli Predator GD711 sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM300 dan menebus hadiah bernilai sehingga RM199.
Predator CG437K S
Monitor gaming 42.5 inci Predator CG437K S yang serasi dengan NVIDIA® G-SYNC™ turut dilengkapi dengan paparan 144 Hz UHD (3840×2160) dengan waktu respons 1 ms VRB untuk pengalaman gameplay yang memuaskan.
Dengan keupayaan paparan warna yang lebih bermutu dengan skrin yang lebih besar, Predator CG437K S hadir dengan penilaian Delta E<2 dan 90% liputan gamut warna DCI-P3. Memastikan paparan video permainan kelihatan baik untuk para pemain, Predator CG437K S hadir dengan sijil VESA DisplayHDR™ 1000 dengan maksimum 1,000 nits dengan nisbah kontras tinggi bagi membawa perincian paparan terbaik.
Ia mempunyai sepasang port HDMI 2.1 yang menyokong konsol permainan terkini dan membolehkan 4K 144Hz dengan VRR menggunakan hanya satu kabel. Ia juga mempunyai port USB 2.0 dan USB 3.0 dengan suis KVM untuk kegunaan lebih dari satu komputer atau peranti. Selain itu, port USB Type-C menyokong ciri PD30W membolehkan port tersebut mengecas peranti mudah alih.
Bukan sekadar permainan, ia juga dilengkapi dengan jalur pencahayaan RGB yang boleh dipadankan dengan fungsi muzik dan media. Dengan Acer ColorSense, pemain boleh melaraskan suasana manakala Acer LightSense mengesan dan melaraskan tetapan suhu dan kecerahan skrin agar sepadan dengan suasana persekitaran. Acer ProxiSense secara automatik membangunkan monitor apabila gamer berada dalam jarak berdekatan atau menutupnya apabila mereka tiada.
Dengan harga runcit RM4,699, Predator CG437K S boleh didapati dengan segera di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Predator yang sah. Pelanggan yang membeli Predator CG437K S sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM200 dan menebus hadiah bernilai RM199.
Predator X38 S
Menampilkan paparan IPS Agile-Splendor UWQHD+ (3840×1600), Predator X38 S dilengkapi dengan paparan melengkung 2300R 37.5 inci yang memberikan visual dengan Delta E<2 dan gamut warna lebar DCI-P3 sehingga 98% untuk memastikan semuanya kelihatan menakjubkan, walaupun pada sudut pandangan luas. Di samping itu, pensijilan VESA DisplayHDR™ 600 bermakna adegan yang terang akan menyerlah manakala adegan gelap akan mengekalkan rona hitam yang kaya.
Menyokong NVIDIA G-SYNC ULTIMATE, ia bercirikan overclockable sehingga 175 Hz kadar segar semula dan masa tindak balas serendah 0.3 ms G-to-G membolehkan gamer terus beraksi tanpa perlu risau tentang masalah ghosting. Lapan pra-tetap boleh disesuaikan dalam Mod Permainan Predator yang membolehkan gamer menukar tetapan mengikut genre kandungan yang berbeza. Manakala Mod Esports NVIDIA G-SYNC direka untuk permainan kompetitif yang membolehkan latency serendah mungkin dan meningkatkan pandangan dalam adegan gelap.
Ciri seperti Acer LightSense dan Acer ColorSense melaraskan kecerahan skrin dan suhu warna secara automatik berdasarkan persekitaran. Dan penganalisis kependaman NVIDIA Reflex Latency Analyzer mengesan klik yang datang daripada tetikus dan kemudian mengukur masa yang diperlukan untuk mengubah piksel pada skrin.
Dengan harga RM5,999, Predator X38 S boleh didapati serta-merta di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Predator yang sah. Pelanggan yang membeli Predator X38 S sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM300 dan menebus hadiah bernilai sehingga RM199.
Acer Nitro XZ342CUP
Hadir dengan kadar lengkuk imersif 1500R dengan rekaan ZeroFrame, monitor gaming Acer Nitro XZ342CUP mempunyai paparan 34-inch QHD yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan waktu respon 1ms VRB. Digandingkan dengan teknologi AMD FreeSync, monitor XZ342CUP melancarkan pengalaman gameplay dengan kadar tersekat dan latency yang minimum
Nitro XZ342CUP didatangkan dengan kaki ergonomik yang membolehkan pemain memusingnya 360° dengan mudah dengan pelarasan ketinggian dan kecondongan untuk kedudukan tontonan yang ideal. Ia juga dilengkapi dengan ciri untuk melindungi mata gamer dan memastikan gamer berada dalam keadaan selesa, antaranya ciri paparan Acer Flicker-less, Acer BlueLightShield dan Acer ComfyView.
Tersedia segera di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer Nitro XZ342CUP dijual pada harga RM1,799. Pelanggan yang membeli Nitro XZ342CUP sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM100 dan menebus hadiah bernilai sehingga RM50.
Semasa Jerayawara ‘It Lies Within’, produk projektor dan monitor akan mendapat diskaun tambahan sehingga RM150. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang produk Acer, korang boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post