Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Membincangkan Masa Depan Produk Monitor, Rancangan Termasuk AI & Penciptaan Kandungan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Monitor, Teknologi, Temuramah
0 0
0
Acer Membincangkan Masa Depan Produk Monitor, Rancangan Termasuk AI & Penciptaan Kandungan
Share on FacebookShare on Twitter

Acer masih menjadi salah satu syarikat terhebat dalam industri monitor, di mana mereka didorong oleh keupayaan R&D yang canggih dan inovasi yang direka untuk memuaskan hati para pengguna. Menurut kata Acer sendiri, mereka mempunyai solusi teknologi dan komputer untuk semua orang dari semua gaya hidup, daripada perniagaan, kepada pelajar, dan juga para gamer.

Marc Ho, Pengarah Kanan Pengurusan Produk dan Perniagaan Paparan Digital Ace | Kredit: Digital Braves

Semasa lawatan ke COMPUTEX 2024 di Taipei, kami mendapat peluang untuk menjalankan temu bual dengan Marc Ho, Pengarah Kanan Pengurusan Produk dan Perniagaan Paparan Digital Acer, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasaran monitor dan skrin mereka pada masa hadapan.

Adakah kita akan melihat lebih banyak monitor bersaiz besar dikeluarkan pada tahun ini?

Kredit: Acer

Marc Ho: Sebelum ini, kami telah mengeluarkan saiz seperti 40 dan 43 inci, dengan pilihan OLED pada 43 dan 48 inci. Selain itu, bulan ini, kami merancang untuk melancarkan saiz besar baharu: monitor 57 inci dengan ratio 32:9, yang sesuai untuk USD, Apple 4K dan kandungan media lain, lantas meningkatkan lagi tawaran flagship kami.

Pesaing seperti MSI telah memperkenalkan monitor AI. Adakah Acer juga akan memasukkan ciri AI ke dalam monitor?

Kredit: Acer

Marc Ho: Kami telah pun melaksanakan beberapa ciri AI, seperti ciri Smart Endpoint yang dipamerkan di laman web kami. Ciri ini mengesan perubahan dalam warna latar belakang dan melaraskan warna titik akhir secara automatik untuk visi yang lebih baik.

Selain itu, kami sedang berusaha untuk memperkenalkan pengesan kandungan AI. Pengesan ini akan menganalisis kandungan yang dipaparkan dan melaraskan tetapan dengan sewajarnya. Contohnya, ia mungkin melaraskan masa tindak balas untuk game atau mengoptimumkan jarak warna secara dinamik untuk filem atau imej.

Apakah trend yang anda jangkakan dalam pasaran monitor gaming, dan adakah terdapat ciri atau teknologi khusus yang anda jangka akan menjadi popular?

Kredit: Acer

Marc Ho: Di kedua-dua pasaran baru muncul dan sudah kukuh, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk monitor gaming berteknologi tinggi dan penuh dengan ciri-ciri. Walau bagaimanapun, dalam pasaran di mana kos menjadi kebimbangan utama, terdapat penekanan yang lebih besar pada model yang menjimatkan kos.

Contohnya, dalam segmen monitor gaming arus perdana, pesaing biasanya menawarkan paparan dengan resolusi seperti 1080p atau 1440p. Acer, sebaliknya, ingin merintis pasaran arus perdana dengan pengenalan 20UH200, yang menawarkan resolusi lebih tinggi daripada persaingan, bertujuan untuk menggantikan pilihan resolusi rendah.

Selain itu, dari segi refresh rate, monitor arus perdana lazimnya menampilkan 180Hz atau 240Hz, tetapi terdapat trend yang meningkatkan ini lebih jauh kepada 300Hz. Ini memberikan prestasi yang dipertingkatkan kepada gamer pada titik harga yang kompetitif, terutamanya dalam pasaran baru muncul.

Saya perasan bahawa Acer tidak mempunyai banyak monitor yang disesuaikan khusus untuk penyuntingan video profesional dan penciptaan kandungan. Adakah Acer akan membangunkan lebih banyak produk untuk pasaran ini pada masa hadapan?

Kredit: Acer

Marc Ho: Berbanding dengan monitor lain dalam pasaran yang ditujukan kepada profesional atau pencipta kandungan, monitor Acer bukan sahaja menawarkan resolusi tinggi tetapi juga refresh rate tinggi.

Walaupun sesetengah pelanggan mungkin tersalah anggap ciri ini berorientasikan gaming, kami sasar untuk menyediakan monitor yang memenuhi keperluan resolusi dan refresh rate yang tinggi.

Ini semakin penting kerana peranti seperti telefon pintar dan komputer kini menyokong frame rate yang lebih tinggi, memerlukan keupayaan kedua-dua resolusi dan refresh rate.

Saya baru-baru ini menguji Acer Portable Monitor PM161QB. Adakah anda mempertimbangkan faktor bentuk mudah alih untuk siri yang bertujuan untuk mencipta kandungan atau lain-lain?

Kredit: Acer

Marc Ho: Kami sememangnya meneroka pelbagai faktor bentuk untuk monitor, termasuk pilihan mudah alih. Sebagai contoh, paparan dwi-panel kami, kini tersedia dalam saiz 15.6 inci dan 18.5 inci, menawarkan mudah alih dan fleksibiliti untuk pengguna.


Maka, tamatlah sesi Q&A kami bersama Marc Ho, selaku Pengarah Kanan Pengurusan Produk dan Perniagaan Paparan Digital Acer. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan di atas.

Untuk baca segala berita kami tentang produk Acer, sila tekan SINI, atau layari terus laman web rasmi mereka.

Tags: Acerinterviumonitor
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober

Next Post

“Produk Acer Direka Untuk Sesuaikan Diri Mengikut Keutamaan & Keperluan Pengguna” – Interviu Bersama Barisan Ketua Acer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
“Produk Acer Direka Untuk Sesuaikan Diri Mengikut Keutamaan & Keperluan Pengguna” – Interviu Bersama Barisan Ketua Acer

"Produk Acer Direka Untuk Sesuaikan Diri Mengikut Keutamaan & Keperluan Pengguna" - Interviu Bersama Barisan Ketua Acer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd