Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Battle.net, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV Akan Mengeluarkan Expansion Baru ‘Vessel of Hatred’ Pada 8 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan expansion terbaru Diablo IV “Vessel of Hatred” pada 8 Oktober.

Berikut adalah trailer rasmi untuk gambaran lebih umum tentang expansion akan datang:

Berlaki sejurus selepas peristiwa Diablo IV, Vessel of Hatred meneruskan saga gelap di mana anda berjuang untuk menyelamatkan Neyrelle daripada cengkaman kuat Mephisto. Misi untuk mencari Neyrelle membawa anda jauh ke dalam hutan purba ketika dia bergelut dengan Prime Evil tersebut.

Cuba untuk membongkar plot gelap Mephisto sementara menghadapi musuh baharu. Nasib Neyrelle—dan rancangan untuk menghentikan Prime Evil ini daripada memusnahkan Sanctuary—terletak di nasib anda.

Ciri-Ciri Baharu

Kelas Baharu: Spriritborn – Sebagai pemangsa apex di dalam hutan, Spiritborn ialah kelas baharu untuk Diablo. Kelas ini dikuatkan dengan sinergi mistik yang hanya boleh dibangkitkan di dalam hutan Nahantu. Jadi salah seorang daripada Spiritborn dan terima roh-roh yang tersemat di tamadun purba ini.

Kredit: Blizzard Entertainment

Wilayah Baharu: Nahantu – Terokai Nahantu, kawasan hutan baharu di Diablo IV penuh dengan rahsia, dungeon yang berbahaya, Stronghold dan demon ganas yang saling berperang sesama sendiri.

Kredit: Blizzard Entertainment

Mercenary – Jangan bertarung bersendirian kerana sekumpulan Mercenary boleh menyertai anda untuk bertarung di hutan Nahantu dan lain-lain. Sekutu ini akan menjadi semakin kuat apabila anda maju dalam game, dan masing-masing dilengkapi dengan abiliti unik yang dapat membantu anda dalam pertempuran.

Kredit: Blizzard Entertainment

Mode PVE Co-op baharu – Anda boleh bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan objektif dan membunuh bos dalam dungeon berbilang peringkat, sambil mendapat loot dan ganjaran.

Game Update – Vessel of Hatred juga mempunyai update besar dengan kemahiran baharu, paragon board, legendary glyph, jenis dungeon, aktiviti Tree of Whispers dan banyak lagi.

Anda boleh baca info penuh di blog Blizzard Entertainment.


Diablo IV kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Battle.net. Ia juga tersedia melalui Xbox Game Pass.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IV Vessel of Hatred
ShareTweetSend
Previous Post

Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!

Next Post

Acer Membincangkan Masa Depan Produk Monitor, Rancangan Termasuk AI & Penciptaan Kandungan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

Next Post
Acer Membincangkan Masa Depan Produk Monitor, Rancangan Termasuk AI & Penciptaan Kandungan

Acer Membincangkan Masa Depan Produk Monitor, Rancangan Termasuk AI & Penciptaan Kandungan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd