Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia Lancar Curved Monitor Nitro ED343CURH, Bernilai Hanya RM1,099!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2024
in Artikel, Berita, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia Lancar Curved Monitor Nitro ED343CURH, Bernilai Hanya RM1,099!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan curved monitor Nitro ED343CURH yang menampilkan resolusi UltraWide QHD dengan paparan 21:9 yang membolehkan pengalaman tontonan yang mengasyikkan dan prestasi visual yang dipertingkatkan untuk para gamer dan pencipta kandungan.

Kredit: Acer Malaysia

Menampilkan paparan VA 34-inci pada kelengkungan 1000R, Acer Nitro ED343CURH menyediakan sudut tontonan luas manakala skrin melengkung kekal sama jarak dari mata pengguna. Ini menyokong pengalaman tontonan yang seragam dan mengurangkan ketegangan mata dalam tempoh penggunaan yang lama.

Kredit: Acer Malaysia

Acer Nitro ED343CURH hadir dengan sokongan HDR10, kadar penyegaran 100Hz, masa tindak balas 1ms (VRB) dan teknologi AdaptiveSync untuk pengalaman tontonan yang sangat lancar dan mengasyikkan. Selain itu, gamut warna lebar 90% AdobeRGB membolehkan pembiakan warna sebenar.

Kredit: Acer Malaysia

Acer Nitro ED343CURH mempunyai reka bentuk ZeroFrame, menawarkan pengalaman tontonan untuk memaksimumkan ruang skrin dan setup multi-monitor. Pencahayaan RGB bersepadu pula membantu mempertingkatkan suasana gaming.

Untuk memastikan penggunaan yang selesa, teknologi Acer VisionCare 2.0 mengurangkan ketegangan mata dengan ciri seperti BlueLightShield dan Flickerless, menjadikannya sesuai untuk sesi gaming atau kerja yang berpanjangan.

Kredit: Acer Malaysia

Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan pengedar sah Acer di seluruh negara, curved monitor Nitro ED343CURH dijual pada harga RM1,099.

Tags: acer malaysiamonitorNitro ED343CURH
ShareTweetSend
Previous Post

“Asal Usul Cardfight!! Vanguard & Weiss Schwarz” – Interviu Bersama Satoshi Nakamura, Presiden Yuhodo

Next Post

GSC Akan Tayangkan ‘Detective Conan: The Million-dollar Pentagram’ Pada 11 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
GSC Akan Tayangkan ‘Detective Conan: The Million-dollar Pentagram’ Pada 11 Julai!

GSC Akan Tayangkan 'Detective Conan: The Million-dollar Pentagram' Pada 11 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd