Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara eksklusif Horizon Forbidden West melanda Asia, peluang menangi pelbagai hadiah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2022
in Acara, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Acara eksklusif Horizon Forbidden West melanda Asia, peluang menangi pelbagai hadiah
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena pelancaran Horizon Forbidden West, Sony PlayStation telah mengadakan tiga acara eksklusif untuk peminat di rantau Asia di mana mereka berpeluang dapatkan pelbagai hadiah istimewa jika menyertai.

Pertama sekali adalah patung mesin Clawstrider yang boleh dijumpai di Lotte World Mall di Seoul, Korea Selatan. Patung bersaiz sebenar ini dibina dengan teliti dengan kerjasama Guerrilla Studios dan mempamerkan Clawstrider, sebuah mesin yang dilitupi dari kepala ke ekor dengan besi tebal dan kuku tajam pada kedua-dua kaki. Patung itu akan dipaparkan sehingga 2 Mac 2022 dan buat mereka di Malaysia, korang boleh melihat patung ini melalui imej yang saya sertakan.

Korang yang mata tajam mungkin dapat melihat sesuatu yang “penting” untuk kempen PS5 Treat Code dan berpeluang memenangi PS5.

Selain itu, PlayStation bekerjasama dengan pelukis terkemuka dari Asia seperti Lee InHyuk (Korea Selatan), VOFAN (Taiwan), Little Thunder (Hong Kong), Ann Maulina (Indonesia) dan Ravee of Titans (Thailand), yang telah melukis Aloy dari Horizon Forbidden West. Setiap satu telah mencipta wallpaper untuk kegunaan desktop/teleconference dan wallpaper untuk smartphone yang memaparkan Aloy dalam gaya unik setiap pelukis. Korang boleh membaca lebih lanjut tentang bio setiap pelukis serta memuat turun karya mereka di SINI.

Ravee (Thailand)
Lee InHyuk (Korea Selatan)

Seterusnya, PlayStation juga mencipta design “papercraft” khas untuk mesin Clawstrider dan Sunwing dari Horizon Forbidden West, yang peminat boleh cipta sendiri dengan mencetak kertas dan mengikut panduan di SINI. Untuk memenangi hadiah eksklusif Horizon Forbidden West, korang boleh “membina papercraft” sendiri dan berkongsi di media sosial! Berikut adalah cara untuk menyertai:

  • Muat turun templat papercraft Sunwing atau Clawstrider, bina dan muat naik di media sosial (pastikan ‘Public’)
  • Beritahu aspek kegemaran tentang Sunwing atau Clawstrider dari Horizon Forbidden West (maksimum 100 perkataan)
  • Jangan lupa tag #HFWPapercraft dan @PlayStationAsia. Pemenang akan berpeluang memenangi set hadiah Horizon Forbidden West yang menampilkan barangan eksklusif.
    • Muat turun Clawstrider Papercraft (berwarna)
    • Muat turun Clawstrider Papercraft (bukan berwarna)
    • Muat turun Sunwing Papercraft (berwarna)
    • Muat turun Sunwing Papercraft (bukan berwarna)

Untuk segala liputan kami tentang Horizon Forbidden West termasuk review saya, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar di sini
Horizon Forbidden West
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Guerrilla Games
Release Date: 2022-02-18
PlayStation 4, PlayStation 5
Kisah Horizon Forbidden West berlangsung enam bulan selepas game pertama. Aloy, yang kini sudah tahu apa yang berlaku kepada dunia, berhadapan dengan ancaman baharu. Bumi kini dilanda oleh 'penyakit racun merah misteri' yang membahayakan semua kehidupan, dan tiada siapa tahu bagaimana untuk menghentikannya. Lantas, Aloy membuat keputusan untuk mengembara ke 'Forbidden West', sebuah lokasi berbahaya yang penuh dengan ancaman baharu, baik manusia mahupun mesin, untuk cuba mencari penyelesaiannya.
Tags: acaraasiaHorizon Forbidden West
Previous Post

Assassin’s Creed: The Ezio Collection kini tersedia di Nintendo Switch

Next Post

Brothers: A Tale of Two Sons kini percuma di EGS, Cris Tales akan ganti minggu depan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
Brothers: A Tale of Two Sons kini percuma di EGS, Cris Tales akan ganti minggu depan

Brothers: A Tale of Two Sons kini percuma di EGS, Cris Tales akan ganti minggu depan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd