Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony umumkan peraduan untuk menang PS5 percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2022
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Sony umumkan peraduan untuk menang PS5 percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang masih berusaha dapatkan PS5, Sony telah mengumumkan peraduan khas untuk kita menang konsol tersebut secara percuma! Secara lebih khusus, Sony mengumumkan peraduan “Treat Codes,” di mana ia mengandungi 14 kod unik yang boleh ditemui secara online di halaman media sosial dan juga di tempat yang “tidak dijangka” di seluruh dunia seperti “acara popular” yang melibatkan sukan, gaming, filem dan muzik.

Kod ini tidak memberi kita PS5 secara automatik, sebaliknya “memberi kita peluang untuk masuk dan memenangi konsol PS5”. Seperti yang dinyatakan oleh PlayStation, ini bermakna “kita mempunyai maksimum 14 peluang untuk memasuki peraduan.”

Sebaik sahaja menemui kod, anda perlu memasukkannya di halaman “Treat Codes” pada laman web rasmi PlayStation MY selepas mendaftar. Bukan itu sahaja, korang kemudian perlu menjawab soalan untuk menang. Tidak jelas jenis soalan apa yang akan ditanya.

Peraduan ini akan tamat pada 7 Mac. Saya tidak tahu bila mereka akan memberi hadiah tetapi 3 PS5 tersedia untuk dimenangi bagi setiap kod untuk setiap kumpulan. Ini bermakna total 9 konsol tersedia untuk dimenangi bagi setiap kod merentas semua kumpulan. Tiga peserta dengan jawapan yang paling hampir dalam setiap kumpulan penyertaan akan dianggap “pemenang berpotensi”. Boleh lah korang semua cuba, mana tahu boleh menang Sony PS5 percuma!

Kod pertama boleh ditemui di video berikut:

Syarat kelayakan:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Mempunyai akaun untuk PlayStation Network (“PSN”) dan log masuk ke Akaun PSN anda untuk menghantar Penyertaan.
  • Warganegara Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat tambahan dan pautan yang berkaitan, korang boleh lihat laman PlayStation MY untuk pengumuman rasmi. Untuk lebih segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan pautan ini.

Tags: Percumaps5Sony
Previous Post

Acara anime Jujutsu Kaisen x PUBG Mobile bermula sekarang

Next Post

Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi

Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd