Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alami dunia “Neo” dalam demo interaktif The Matrix Awakens di PS5 & Xbox Series X/S

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2021
in Artikel, Berita, Demo, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Alami dunia “Neo” dalam demo interaktif The Matrix Awakens di PS5 & Xbox Series X/S
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Matrix Resurrections akan keluar dalam tempoh dua minggu lagi, Epic Games telah mengeluarkan game baru berunsur naratif berjudul The Matrix Awakens yang dibina menggunakan Unreal Engine 5. Bersama bantuan pelakon dan krew filem, The Matrix Awakens akan mempamerkan perkara baru yang sebelum ini tidak susah dicapai di enjin lama.

Sebuah teaser untuk The Matrix Awakens boleh ditonton di atas dan seperti yang dinyatakan, demo ini hanya tersedia untuk konsol PS5 dan Xbox Series X/S sahaja. Pemain PC tidak mendapat peluang ini. Buat masa sekarang, sesiapa yang berminat boleh pre-load demo tersebut (saiz lebih kurang 29GB) di PS5 atau Xbox Series X/S, sebelum ia dilancarkan di acara The Game Awards pada 9 Disember.

Ahli-ahli utama dari krew filem asal telah terlibat dalam pembikinan The Matrix Awakens, termasuk Lana Wachowski, di mana mereka bekerjasama dengan Epic Games dan jika anda lihat dari siaran akhbar rasmi, demo ini menjanjikan “pengembaraan menakjubkan di alam semesta The Matrix yang menampilkan Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss.”

The Matrix Awakens pre-loads begin and The Game Awards reveal confirmed |  GamesRadar+

Selain itu, teaser di atas mendakwa demo ini akan menawarkan “pandangan sekilas tentang masa depan penceritaan dan hiburan interaktif bersama Unreal Engine 5 dalam demo teknologi dan sinematik ini.”

Untuk mereka yang tidak tahu, Epic sebenarnya telah mempamerkan Unreal Engine 5 pada tahun lepas dengan menunjukkan ciri-ciri baru di sebuah demo PS5. Pada bulan Mei lalu, Epic juga mengeluarkan versi akses awal Unreal Engine 5 untuk platform PC, tetapi keperluan sistem yang intensif menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat mencuba.

Saya ulang sekali lagi. The Matrix Awakens kini tersedia untuk pre-load di PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Nantikan maklumat lanjut di The Game Awards pada hari Jumaat ini. Mengenai filem terbaru, Matrix Resurrections akan ditayangkan bermula 22 Disember 2021 di semua pawagam Malaysia.

Selain Matrix, banyak lagi filem hebat yang bakal ditayangkan di Malaysia. Untuk senarai penuh, anda boleh lihat artikel ini.

Tags: Demops5The Matrix AwakensUnreal Engine 5Xbox Series X
Previous Post

Menurut peminat, versi Spider-Man Fortnite lebih baik dari Marvel’s Avengers

Next Post

Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube

Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd