UPDATE: SENARAI YANG DIKEMAS KINI UNTUK TAHUN 2022 BOLEH DILIHAT DI SINI!
Berita baik untuk penggemar filem di Malaysia! Selepas setahun pawagam ditutup akibat pandemik COVID-19, kerajaan akhirnya membuat keputusan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif. Sempena itu, dua operator pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas akan membuka premis operasi tidak lama lagi! Tetapi filem apa yang seronok untuk ditonton? Berikut adalah senarai beberapa filem gempak yang bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini bermula September 2021.
Harap maklum ya kawan-kawan: aktiviti panggung wayang hanya dibuka kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 di mana kapasiti dewan tayangan hanya membenarkan jumlah sebanyak 50% sahaja.
Black Widow (23 September 2021)

Genre: Action / Adventure
Pelakon: Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour, Rachel Weisz, Ray Winstone, William Hurt, O.T. Fagbenle
Sejak dilahirkan, Natasha Romanoff diberikan kepada KGB dan dilatih untuk menjadi pengintip terhebat, Black Widow. Beberapa tahun kemudian, ketika U.S.S.R. dimansuhkan dan dia sekarang bekerja sebagai pengintip bebas di New York, Natasha mendapati dirinya dikejar oleh kerajaan yang ingin membunuhnya. Ini memaksa Natasha untuk berurusan dengan sejarah silamnya sebagai pengintip, dan juga hubungan yang terputus setelah dia menjadi ahli pasukan superhero Avengers.
Snake Eyes: G.I. Joe Origins (23 September 2021)

Genre: Action
Pelakon: Henry Golding, Andrew Koji, Iko Uwais, Úrsula Corberó, Samara Weaving
Snake Eyes menyelamatkan nyawa seorang lelaki bernama Tommy, yang juga dikenali sebagai Storm Shadow dan merupakan pemimpin masa depan untuk klan Arashikage, semasa sedang memburu orang yang membunuh ayahnya. Namun, itu semua adalah helah kerana Snake telah bersetuju untuk mencuri permata suci dari Arashikage untuk Cobra, sebagai pertukaran maklumat tentang pembunuh ayahnya. Selepas Snake mengetahui agenda sebenar Cobra, kesetiaannya diuji dan dia mula mempersoalkan misi balas dendamnya.
Space Jam: A New Legacy (23 September 2021)

Genre: Adventure / Animation / Comedy
Pelakon: LeBron James, Don Cheadle, Khris Davis, Sonequa Martin-Green, Cedric Joe, Jeff Bergman, Eric Bauza, Zendaya
Sekuel live-action/animasi untuk “Space Jam” tahun 1996 membintangi pemain bola keranjang profesional LeBron James sebagai dirinya sendiri. Apabila LeBron dan anak lelakinya Dom terperangkap dalam ruang digital oleh seorang AI yang nakal, dia mesti mencari jalan pulang dengan memimpin Bugs, Lola Bunny dan seluruh geng terkenal Looney Tunes untuk mendapatkan kemenangan ke atas sekumpulan juara digital di gelanggang bola keranjang: juara digital ini terdiri daripada bintang bola keranjang profesional dari dunia sebenar.
Jungle Cruise (30 September 2021)

Genre: Adventure / Fantasy
Pelakon: Dwayne Johnson, Emily Blunt, Édgar Ramírez, Jack Whitehall, Jesse Plemons, Paul Giamatti, Andy Nyman
Jauh di dalam hutan rimba, ada pokok yang dikatakan memiliki kekuatan penyembuhan. Seorang kapten kapal membawa seorang saintis dan abangnya dalam misi ke hutan untuk mencari pokok itu.
No Time To Die (30 September 2021)

Genre: Action / Adventure / Thriller
Pelakon: Daniel Craig, Rami Malek, Léa Seydoux, Lashana Lynch, Ben Whishaw, Naomie Harris, Jeffrey Wright, Ralph Fiennes, Rory Kinnear, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Billy Magnussen
James Bond kini menjalani kehidupan yang aman di Jamaica setelah meninggalkan perkhidmatan aktif. Tetapi ketika rakan lamanya Felix Leiter dari CIA meminta pertolongan, dia harus menyertai misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ini membawanya ke jejak seorang penjahat misteri yang memiliki teknologi baru berbahaya.
The Suicide Squad (30 September 2021)

Genre: Action / Superhero
Pelakon: Margot Robbie, Idris Elba, John Cena, Joel Kinnaman, Jai Courtney, Peter Capaldi, Alice Braga, Pete Davidson, David Dastmalchian, Viola Davis
Filem arahan James Gunn ini berfungsi sebagai reboot “Suicide Squad” pada 2016. Ia menampilkan beberapa pelakon dan watak asli dari filem pertama, seperti Margot Robbie sebagai Harley Quinn, Viola Davis sebagai Amanda Waller, Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Jai Courtney sebagai Captain Boomerang.
Free Guy (7 Oktober 2021)

Genre: Action / Adventure / Comedy
Pelakon: Ryan Reynolds, Jodie Comer, Joe Keery, Lil Rel Howery, Utkarsh Ambudkar, Taika Waititi
Guy adalah juruwang yang kesepian di “Free City”, sebuah permainan video dunia terbuka yang merupakan gabungan antara “Grand Theft Auto” dan “Fortnite”. Dia mula mengetahui tentang kewujudan dirinya sebagai “non-player character” (NPC) setelah penerbit Antoine memasukkan kod yang dikembangkan ke dalam “Free City”. Selepas dia tahu bahawa permainan akan dimatikan, Guy memutuskan untuk menjadi hero dan berusaha menyelamatkan dunia permainan sebelum terlambat.
The Addams Family 2 (7 Oktober 2021)

Genre: Animation
Pelakon: Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloë Grace Moretz, Javon Walton, Bill Hader
Dalam sekuel komedi animasi baru ini, Morticia dan Gomez mula risau akan anak-anak mereka membesar, tidak suka makan malam bersama keluarga, dan terlalu taksub dengan “scream time.” Untuk merapatkan semula hubungan, mereka memutuskan untuk membawa Wednesday, Pugsley, Uncle Fester dan semua ahli keluarga ke satu percutian terakhir sebagai keluarga.
Dune (14 Oktober 2021)

Genre: Adventure / Drama / Science Fiction
Pelakon: Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Dave Bautista, Zendaya
Berdasarkan novel oleh Frank Herbert pada 1965 yang berlatar belakang masa depan. Duke Leto Atreides mengawasi planet gurun berbahaya Arrakis, yang juga dikenali sebagai Dune. Ini adalah satu-satunya sumber untuk ubat yang digelar “the spice”, zat paling berharga di alam semesta kerana ia memberikan tahap pemikiran yang ditingkatkan dan memperpanjang umur manusia. Walaupun tahu ini adalah perangkap yang diatur oleh musuh Harkonnens, Leto tetap membawa anaknya yang masih muda, Paul, kekasihnya, Lady Jessica, dan penasihatnya yang paling dipercayai di planet ini. Apabila keluarga Atreides dikhianati, anaknya Paul memimpin satu pemberontakan untuk mengambil semula planet ini.
Halloween Kills (14 Oktober 2021)

Genre: Horror
Pelakon: Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak, Kyle Richards
Ini adalah sekuel kepada filem “Halloween” pada 2018 dan juga berfungsi sebagai ansuran ke-12 dalam francais. Kali ini, kita akan melihat Laurie Strode, satu-satunya mangsa yang masih hidup daripada serangan Michael Myers pada tahun 1978, di mana dia sekali lagi harus menghadapi pembunuh bersiri itu.
Escape Room: Tournament Of Champions (14 Oktober 2021)

Genre: Horror
Pelakon: Taylor Russell, Logan Miller, Indya Moore, Holland Roden, Thomas Cocquerel, Carlito Olivero, Isabelle Fuhrman
Ini adalah sekuel yang dinanti-nantikan dari filem thriller psikologi yang menakutkan penonton di seluruh dunia. Dalam ansuran ini, enam orang secara tidak sengaja mendapati diri mereka terkunci di dalam “escape room”, dan perlahan-lahan membongkarkan yang semua mempunyai persamaan… dan pernah terperangkap dalam permainan yang sama sebelum ini.
Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings (21 Oktober 2021)

Genre: Action / Adventure / Fantasy
Pelakon: Simu Liu, Tony Leung Chiu-Wai, Awkwafina, Michelle Yeoh, Fala Chen, Meng’er Zhang, Florian Munteanu, Ronny Chieng
Marvel Studios “Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings” dibintangi oleh Simu Liu sebagai Shang-Chi, yang harus menghadapi sejarah silamya ketika dia harus membongkarkan rancangan misteri organisasi Ten Rings. Filem ini juga dibintangi oleh Tony Leung sebagai Wenwu, Awkwafina sebagai teman Katy dan Michelle Yeoh sebagai Jiang Nan, serta Fala Chen, Meng`er Zhang, Florian Munteanu dan Ronny Chieng.
Eternals (4 November 2021)

Genre: Action / Adventure / Fantasy
Pelakon: Angelina Jolie, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Ma Dong-Seok, Kit Harington, Gemma Chan, Barry Keoghan
Sebuah bangsa dengan kehidupan abadi telah diciptakan oleh Celestial dan dikenali sebagai Eternals. Kini,mereka hidup di Bumi selama beribu-ribu tahun dan bukan sahaja membentuk tamadun dan sejarah planet ini, malah juga melindungi manusia dari Deviant yang jahat.
Venom: Let There Be Carnage (25 November 2021)

Genre: Action
Pelakon: Tom Hardy, Michelle Williams, Naomie Harris, Reid Scott, Stephen Graham, Woody Harrelson
Merupakan sekuel kepada “Venom” pada 2018 dan mengikuti kisah wartawan Eddie Brock, yang memperoleh kuasa setelah menjalin hubungan dengan symbiote asing yang tidak dikenali.
Spider-Man: No Way Home (16 Disember 2021)

Genre: Action / Adventure / Science Fiction / Superhero
Pelakon: Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon
Buat pertama kalinya dalam sejarah sinematik Spider-Man, hero kami telah mendedahkan identitinya dan tidak dapat lagi memisahkan kehidupan peribadinya dari kehidupan sebagai superhero. Apabila dia meminta pertolongan dari Doctor Strange, situasi menjadi lebih berbahaya, dan memaksanya untuk membelajar apa sebenarnya maksud menjadi Spider-Man.
The Matrix: Resurrections (23 Disember 2021)

Genre: Action / Science Fiction
Pelakon: Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Yahya Abdul-Mateen II, Neil Patrick Harris, Priyanka Chopra, Jessica Henwick, Jonathan Groff, Brian J. Smith, Jada Pinkett-Smith
Angsuran keempat dalam francais “The Matrix”, yang diarahkan dan ditulis bersama oleh Lana Wachowski. Keanu Reeves akan kembali sebagai Neo manakala Carrie-Anne Moss, Jada Pinkett Smith, dan Lambert Wilson juga kembali sebagai Trinity, Niobe dan The Merovingian.
The King’s Man (23 Disember 2021)

Genre: Action
Pelakon: Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou, Charles Dance
Prekuel yang menceritakan asal-usul elit Kingsman . Ia mengisahkan seorang lelaki yang harus menghentikan sekumpulan penjenayah dari menghapuskan berjuta-juta manusia hanya kerana satu perang.
Senarai ini akan sentiasa dikemas kini supaya pembaca boleh melihat filem apa yang bakal dilancarkan di Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang filem termasuk aksi langsung dan animasi, sila tekan pautan ini.
Sumber – Cinema.com
@gamersantaimy
Discussion about this post