Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba demo percuma Blue Reflection: Second Light sekarang di PS4 & Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Artikel, Berita, Demo, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4
0 0
0
Cuba demo percuma Blue Reflection: Second Light sekarang di PS4 & Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih ramai orang berpeluang mencuba Blue Reflection: Second Light, memandangkan demo percumanya kini tersedia untuk PlayStation 4 dan Switch menurut pengumuman oleh penerbit Koei Tecmo dan pembangun Gust. Berikut adalah rumusan tentang versi demo:

Blue Reflection: Second Light mengikuti pengembaraan tiga pelajar—Ao Hoshizaki, Kokoro Utsubo dan Yuki Kinjou—yang mendapati diri mereka terperangkap di akademi terapung yang misteri, dan harus mencari petunjuk untuk mencari jalan pulang, dengan hanya nama mereka sebagai kenangan.

Dalam “Trial Version”, pemain akan dapat mengalami kedua-dua Prologue dan Story Demo. Dalam Prologue, kita akan bermain dari pandangan Ao dari awal, apabila dia mula-mula bangun dalam dunia seperti mimpi ini, manakala Story Demo membolehkan peminat mempelajari asas gameplay seperti crafting, penerokaan dan pertempuran.

Sebagai bonus, pemain yang melengkapkan Prologue akan memperoleh “Bunny – Head Accessory” dan Fragment “Preparing for the Unknown” sebagai bonus eksklusif apabila berpindah ke versi penuh permainan.

Selain itu, Gust Studios mengumumkan beberapa kemas kini percuma untuk Blue Reflection: Second Light selepas pelancaran permainan. Kemas kini pertama akan keluar pada 23 November dan menampilkan beberapa filter baru untuk Photo Mode, bersama dengan pilihan untuk mengambil gambar watak dalam Reflector Form.

Pada 21 Disember, semua bingkai foto dan pose idola baru akan tersedia dalam Photo Mode, bersama dengan keupayaan untuk membina Photo Studio berlatar belakang sekolah, serta tahap difficulty yang lebih susah bernama MUST DIE. Kandungan MUST DIE menawarkan pertempuran yang lebih mencabar, di mana musuh bukan sahaja lebih kuat, malah akan lebih kerap menjatuhkan item.

Akhir sekali, kemas kini tambahan Photo Mode akan tersedia pada 14 Januari 2022, termasuk filter Pixel Art, bersama pose yang lebih unik untuk menambahkan lebih banyak variasi pada gambar anda.

Blue Reflection: Second Light akan hadir ke Nintendo Switch, PS4 dan PC pada 9 November 2021 manakala versi demo kini tersedia di untuk Switch dan PS4.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blue Reflection: Second LightDemokoei tecmonintendo switchPS4
Previous Post

Super Robot Wars 30 menambah mecha dari Ultraman & Iron-Blooded Orphans!

Next Post

HOYO FEST akan datang ke MALAYSIA dengan kafe bertemakan Genshin, Honkai dan Tears of Themis!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
HOYO FEST akan datang ke MALAYSIA dengan kafe bertemakan Genshin, Honkai dan Tears of Themis!

HOYO FEST akan datang ke MALAYSIA dengan kafe bertemakan Genshin, Honkai dan Tears of Themis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd