Pembangun dan penerbit hiburan interaktif global, miHoYo hari ini telah mengunumkan bahawa HOYO FEST akan hadir ke Malaysia bermula November ini! Ia diadakan sebagai acara tahunan bagi para pemain untuk menyambut dan mengingati saat-saat mengembirakan semasa bermain dan juga berjumpa dengan watak kegemaran di dunia sebenar!
Sebelum pembukaan rasmi HOYO FEST, pemain dapat melihat preview acara menarik yang akan datang. Acara ini akan diadakan pada 5 November sehingga 14 Disember yang menampilkan kafe kolaborasi bertemakan permainan seperti Honkai Impact 3, Genshin Impact dan Tears of Themis. Terdapat juga kedai pop-up yang akan menjual merchandise eksklusif di kafe yang ditentukan.
Semua kafe kolaborasi akan menyediakan set makanan khas dam memiliki dekorasi dengan tema Honkai Impact 3, Tears of Themis dan Genshin Impact secara bergilir dan bersertakan ruang foto bertema. Anda dapat menikmati pelbagai makanan yang lazat, sambil menikmati susana dunia game untuk sementara waktu. Pilihan untuk makan di tempat atau bawa pulang juga akan tersedia sepanjang acara berlangsung. Dengan membeli set makanan khas atau membuat sebarang pembelian di kafe, anda akan mendapat hadiah!
Dengan mempertimbangkan keadaan semasa dan kesihatan semua pengunjung, anda semua digalakkan untuk membawa pulang makanan. Anda akan mendapat tote bag dan sarung cawan untuk pembelian bawa pulang. Semua hadiah dan merchandise akan diedarkan dari staf kafe yang terlibat.
Untuk makluman anda semua, HOYO FEST cafe akan dibuka di MYTOWN SHOPPING CENTRE, Kuala Lumpur. Anda boleh pergi ke sana dengan menggunakan MRT di stesen Cochrane. Setiap minggu tema kafe akan berubah mengikut giliran seperti berikut:
- Honkai Impact 3rd: 5 November – 16 November
- Tears of Themis: 19 November – 30 November
- Genshin Impact: 3 Disember – 14 Disember
Untuk sementara waktu ini, hanya menu untuk Honkai Impact 3rd telah didedahkan bersama harga untuk setiap menu. Boleh tahan juga dia punya menu dan harga. Anda juga boleh mendapatkan poskad acara, coaster dan juga stiker jika anda menyimpan RM 35 ke atas dari pembelian menu di situ.
Mereka juga mendedahkan barisan merchandise HOYO FEST. Bukan setakat itu sahaja, figura juga tersedia di kafe tersebut. Untuk Tears of Themis, anda boleh dapatkan figura chibi dan plushie kecil yang memaparkan jejaka-jejaka tampan dalam permainan itu. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan item lain seperti coaster, standee, butang badge dan banyak lagi untuk setiap permainan. Dengan pembelian RM 100 dan ke atas, anda akan mendapat chibi badge mengikut tema permainan berserta beg kertas HOYO FEST. Jadi anda semua yang berminat untuk membeli barangan ekslusif ini, boleh lah sediakan dompet korang!
Siapa tidak sabar untuk berjumpa kawan dan menikmati makanan lazat di kafe ini? Apa lagi, buatlah pelan dengan kawan-kawan korang ya~ Untuk info lebih lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi HOYO FEST.
@gamersantaimy
Discussion about this post