Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Siri anime Digimon Ghost Game & filem “02” didedahkan!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 30, 2021 - Updated on August 2, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
[UPDATE] Siri anime Digimon Ghost Game & filem “02” didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE:

Selepas mendapat info lanjut, ternyata segala maklumat ini diumumkan di acara “DigiFes 2021” pada hari Ahad lalu. Seperti yang dinyatakan di bawah, francais Digimon akan mempunyai anime televisyen baru dan filem anime baru. Siri anime televisyen Digimon Ghost Game akan memulakan tayangan perdana pada “Fall 2021” ini di Fuji TV dan saluran lain. Visual teaser menampilkan slogan “Holograms…? Ghosts…?”

Digimon yang muncul di siri anime ini adalah (dari kiri ke kanan): Angoramon, Gammamon, dan Jellymon.

Bagi filem baru, ia akan mengisahkan mengenai Daisuke Motomiya dan watak-watak lain dari anime Digimon Adventure 02. Pengarah Tomohisa Taguchi dan penulis Akatsuki Yamatoya bersatu kembali dari Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna untuk mengusahakan filem baru ini. Berikut adalah “teaser awal” dengan sari kata bahasa Inggeris:

Teaser ini berkata, “Filem Digimon baru adalah tentang 02. Sekarang, pintu pengembaraan terbuka…. ‘Saya orang pertama yang pernah berpasangan dengan Digimon.'”

Produser Yōsuke Kinoshita (Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna) menekankan bahawa filem baru ini berkisar tentang watak-watak dari Digimon Adventure 02. Dia menjelaskan bahawa pasukan ingin menceritakan kisah tentang Daisuke dan rakan-rakannya kerana mereka mempunyai daya tarikan yang berbeza, jika dibandingkan dengan Taichi dan rakan-rakannya dari Digimon Adventure yang pertama.

Jika anda ingin membaca liputan awal kami, teruskan membaca di bawah.


Artikel awal:

Terbaru, sebuah siri animasi Digimon baru yang dikenali sebagai Digimon Ghost Game telah dilaporkan bakal tiba pada musim luruh tahun ini. Siri ini juga dikatakan bakal ditayangkan setelah siri reboot Digimon Adventure tamat dijalankan.

Maklumat ini telah didedahkan oleh sebuah forum bernama NGA dari China, dan ia telah mendedahkan beberapa jenis Digimon yang bakal ditampilkan dalam Digimon Ghost Game nanti. Antara jenis Digimon yang didedahkan adalah seperti Ganmamon, Jellymon dan Aglemon. Forum tersebut turut mendedahkan dua gambar yang boleh dikatakan sebagai poster promosi.

Selain itu, terdapat sebuah laman web dibina untuk Digimon Ghost Game oleh Toei Animation, tetapi ia tidak dapat diakses buat masa ini. Ada juga sumber mengatakan bahawa ia memiliki sebuah filem berdasarkan Digimon Adventure, tetapi tidak berjaya mencapai tahap populariti seperti siri asal.

Memandangkan reboot untuk Digimon Adventure telah dijalankan sebanyak 66 episod dan sudah hampir ke penamatnya, mungkin kita akan melihat berita mengenai siri ini dalam masa terdekat. Peminat Digimon pasti akan gembira untuk melihat sesuatu yang baru untuk francais kegemaran mereka. Malah, baru-baru ini peminat telah diberitahu bahawa game Digimon Survive telah ditangguhkan lagi sekali dan akan dibawa ke Q3 2022.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci didedahkan mengenai jalan cerita, nama watak atau tarikh rasmi tayangan untuk siri Digimon Ghost Game. Jadi, kita sama-sama boleh menantikan berita selanjutnya dari Toei Animation sebelum bermula musim luruh tahun ini. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Digimon, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimonDigimon Ghost Game
Previous Post

Bandai mendedahkan pelbagai sistem dan ciri baru in-game untuk Tales of ARISE

Next Post

Pelancaran Horizon Forbidden West ditunda! Tarikh baru akan dibawa ke Q1 2022

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pelancaran Horizon Forbidden West ditunda! Tarikh baru akan dibawa ke Q1 2022

Pelancaran Horizon Forbidden West ditunda! Tarikh baru akan dibawa ke Q1 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd