Bandai hari ini telah berkongsi beberapa perincian terkini mengenai sistem permainan dan ciri-ciri baru, serta tembual khas bersama komposer Tales of ARISE, iaitu Motoi Sakuraba. Dalam temu bual tersebut, Sakuraba telah berkongsi banyak idea mengenai warisan dan evolusi semasa menghasilkan muzik untuk game ini.
Sistem dan ciri-ciri baru dalam Tales of ARISE
Bandai menyatakan mereka masih mengekalkan elemen “Tales of” dengan baik di dalam ARISE, dan dalam kisah baru ini pemain perlu membebaskan planet Dahna dari kekejaman Renan. Alphen, Shionne dan rakan-rakannya akan bersama dalam pengembaraan di dunia yang menarik, bertemu musuh hebat dan melakukan pelbagai aktiviti seperti memasak, bertani, memancing, serta mewujudkan ikatan unik di antara mereka.
Perbualan watak dan Quest
Siri dari francais Tales of merupakan game dimana anda menikmati setiap watak yang ada didalamnya. Sebagai tambahan kepada senario utama, anda boleh menikmati pengalaman yang berbeza dengan watak ketika berjalan di peta in-game. Dalam Tales of ARISE, anda boleh menikmati pengembangan watak dengan emosi dan nasib mereka yang digambarkan dalam pelbagai bentuk pertemuan seperti:
Event Movie
Menggunakan “Atmospheric Shader” yang dibangunkan untuk tajuk ini dan CG wajah untuk mengekspresikan kehalusan emosi watak.
Animation
Cut-scene animasi dihasilkan oleh studio animasi popular, iaitu Ufotable, dan merupakan animasi terpanjang dalam francais Tales of.
Skit
Skit dapat dimainkan pada setiap level perjalanan, termasuk perkembangan senario dan quest, mencapai bidang baru, perkemahan, dan sesi memasak.
Short Chat
Perbualan juga boleh berlaku pada akhir pertempuran dan semasa bergerak melalui bandar dan ladang.
Selain itu, salah satu ciri baru yang ada dalam siri Tales of adalah sistem Skit yang membolehkan parti untuk berbual sambil menjelajah. Melalui ciri ini, anda dapat mengenali aspek baru watak, mendapatkan pandangan dari sisi menarik serta dari pelbagai perspektif yang tidak dilihat dalam jalan cerita utama dan menjalin ikatan yang lebih mendalam.
Ciri lain yang ditambah dalam game ini adalah memaparkan ekspresi watak dalam 3D. Kostum dan kelengkapan dilengkapkan, lokasi dan waktu di in-game akan ditayangkan dalam cut-scene Skit untuk meningkatkan suasana pemain dalam perjalanan masa nyata bersama keseluruhan parti.
Bertemu orang melalui sub-quest, dan mempelajari lebih lanjut mengenai pengembangan daya tarikan watak
Semasa pengembaraan anda, Alphen dan rakan-rakannya akan berjumpa dengan orang di pelbagai cabaran. Dengan menyelesaikan masalah mereka, anda boleh mendapatkan senjata, barang dan juga resepi memasak. Setelah menyelesaikan quest, anda akan dapat melihat keperibadian watak dan perubahan emosi dari sudut yang berbeza daripada cerita utama. Beberapa quest memerlukan anda untuk menghadapi musuh yang kuat juga.
Mengeratkan hubungan anda melalui komunikasi
Di lapangan, anda bukan sahaja boleh tinggal di camp untuk memulihkan HP dan CP, tetapi juga melakukan komunikasi lebih mendalam bersama anggota parti. Di camp juga, pemain boleh melihat kembali Skit yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan dengan memilih watak untuk berkongsi perbualan sebelum tidur.
Sistem “Cooking”
Anda boleh menikmati hidangan unik yang disertakan pada kepakaran setiap watak. Dengan mempercayakan kepakaran mereka, anda boleh menghasilkan cut-scene khas. Sebagai tambahan, ada juga pakaian seperti chef untuk membuat pemain seperti dalam suasana memasak. Memakai kostum ini akan menghasilkan Skit yang berkaitan dengan memasak untuk menjadikan suasana lebih seronok.
Dish dan Recipes
Anda boleh memasak dengan mempelajari resipi dan menggunakan bahan untuk membuatnya semula. Dengan memakan makanan itu, anda boleh mendapatkan pelbagai buff tambahan yang berguna untuk pertempuran. Terdapat pelbagai pilihan buff yang disertakan dengan pelbagai resipi. Pilih resipi yang paling sesuai dengan peta yang ingin anda lalui dan musuh yang ingin anda kalahkan!
Membuat ladang untuk menuai sumber makanan
Sekiranya pemain dapat menguruskan ramuan dengan betul, mereka akan dapat membuat pelbagai jenis hidangan di sepanjang jalan. Dengan membuat ladang dan mengumpulkan banyak ramuan, anda dapat memasak pelbagai hidangan serta menambahkan buff untuk kelebihan anda dalam pertempuran melawan musuh yang kuat.
Pelbagai permainan mini dan sub-quest untuk menemui aspek baru ahli
Cari rakan Hootle yang bersembunyi di setiap sudut! Burung hantu dengan pelbagai warna, bentuk dan ukuran tersembunyi di seluruh bandar dan padang. Dengan mencari burung hantu, anda boleh mengembalikannya ke Owl Village dan mendapatkan kelengkapan baru.
Anda boleh memancing di tepi laut semasa pengembaaran untuk menambahkan koleksi, dan menggunakan watak Kisara yang gemar memancing. Selain mendapat hasil tangkapan yang unik, anda juga boleh mencatatnya dan mengumpul pencapaian.
Selain dari memancing, pemain boleh mengumpul koleksi artifak bersama Dohalim. Mengumpul artifak adalah salah satu hobinya, kerana dia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang seni. Dengan mengumpulkan artifak yang jatuh di pelbagai lokasi, Dohalim dapat berkongsi pengetahuan dan pandangannya.
Pra-pesanan untuk Tales of Arise telah pun dibuka dan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September 2021! Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post